Thursday 31 May 2012

back again

Assalammualaikum semua :D

Baru sampai rumah bukak my lappy terus send email kat pemenang lucky draw hari tu.. memang lambat sangat, baru nak bagi dekat CIk Lynn. sorry, sebab out of town, limited,rushing, upside down... bahasa pasarnya tunggang terbalik dah.. :P

anyway later i will tell you guys what happend for the past few days ^_^
need to cook for dinner now :)

Sunday 27 May 2012

Sleepwalker

Good morning :D

Mana sleep walker.. taklah ^__- Awal bebenor saya bangun..:P so sempat la jugak bw tadi tersinggah pulak kat sini macam tak caya je kakak comel  NIE , saya dah received repond dari pemenang, nanti saya send thru email yea,sekarang tak boleh nak buat urusan sebab pukul 5 pagi dah :P.


Saturday 26 May 2012

Result exam dah kuar nie

Akhirnya result  exam lucky draw dah keluar yay!
thank to my husband yang tolong cabutkan. ini lucky draw yek.. so nama yang kena tu kira lucky la kan.. Congrats!!!!





kepada pemilik blog nanti emailkan dekat saya details nie:

jenis acc : prepaid / postpaid 
jenis operator: digi/celcom/maxis/umobile/tm etc

tu je
email kat sini blogpondokputih@gmail.com





5 hours driving

Alhamdulilah selamat sampai juga ke destinasi setelah hampir 5 jam perjalanan menempuh jalan sesak, hujan panas. Walaupun banyak yang dah fully book akhirnya dapat juga kunci :D.

tadi baru lepas makan,dan sekarang masa nak berehat . Nanti saya akan umum kan keputusan lucky draw.


^_^v

Friday 25 May 2012

Bicycle

Dah dua hari  tiga hari masuk hari ni cari basikal untuk my girl. Hari tu ada test basikal dekat Carrefour wangsa Maju. Dia suka dekat basikal sekarang nie, dulu tak minat langsung kalau suruh test pun dia kata ' no'. Alhamdulilah bila masuk tahun baru dia minat secara automatik, mommy pun tak suka paksa-paksa. Memang dah niat nak belikan dia basikal tahun nie sempena birthday kan so menjadi la tahun nie :D

Last year dia dapat electric car so tahun nie kena mengayuh pulak he he. semalam dalam pukul 9 malam pergi dekat KLCC sempat jugak beli Auntie Annes pretzel sebelum naik level 2 ke Toy r us.

price:RM189.90
Barbie 10" barbie bike

Barbie bike nie comel tapi paddle dekat depan, my girl kaki dia belum sampai sangat, yang dia boleh naik pun yang paddle dekat tengah. Ada tinggi sangat ,kalau ada yang sesuai pun tak de stock tinggal display stock je.
So hari nie ingat nak sambung misi mencari tadi tengok balik dekat sini TOY R US MALAYSIA tak banyak sangat design untuk girls,semua yang saya dah tengok semalam. Nampaknya mommy kena pergi tengok kedai uncle tempat mommy kecik-kecik dulu beli basikal ^_^.

AMERICAN IDOL 11 WINNER

Pagi semalam sempat jugaklah tengok American Idol 11 finaleLive dekat Tv. Congrats !
*photo*



*video*

memang suka dia menang dari Jessica :)

LUCKY DRAW OFFICIALLY CLOSED

Assalamualaikum and Good morning!!

Salam hari jumaat semua :D...  this beautiful morning officially saya tutup  LUCKY DRAW 
keputusannya akan di beritahu kemudian. Hadiah seperti yang di janjikan TOP UP prepaid atau postpaid bernilai RM 50 yang akan di menangi oleh seorang pemenang sahaja.

yang dah join :


  1. Ardini Izzati 
  2. Dhiah Mardhiah
  3. mohamad shazni
  4. Mk Syahir
  5. Shazney Shamsuddin
  6. ::CIK LYNN::
  7. faizuddin pro
  8. Che Faiz Bong 
  9. dya zafira 

-entry end-

sangat-sangat berterima kasih kepada yang join dan buat entry . Tak lupa juga yang follow blog nie, Salam perkenalan untuk semua :'D

Wednesday 23 May 2012

Internet slave

Hi kawan-kawan Mommy putih minta maaf sangat sebab tiba-tiba je menyepikan diri, tadi sempat jugak bw tapi ada yang tak sempat nak tinggalkan jejak. Walaupun sibuk selalunya sempat update kat sini.tapikan sebab line internet yang suka buat saya sakit jantung sakit kepala dan sakit badan memang frustrated di buatnya.

Saya nie almost 24/7 berinternet. Sampai my grandma pun tegur sebab masa berpantang pun ikut cara internet.Kiranya saya independent tak de nak sibuk-sibuk tanya orang tua-tua bab berpantang nie..ha ha LOL!.
My social life pun almost 80% internet :p. So hari nie kalau sempat nak pergi tukar line internet nie...nak cari yang superfast ada kan? :D.

and then sementara nie terpaksalah blogging guna lappy, so as usual kalau nak bukak lappy tu jarang sangat ada masa sebab always on da road meraban! that's why saya suka blogging guna phone. tapi di sebabkan tablet phone saya tak pi hantaQ repair (nak tunggu yang baru actually ^^) handphone pinjam pun dah kena amik balik WAaaa.. dah nama pun pinjam kan? he he (tak sedar diri betul)

apa-apa pun tinggalkan jejak.. nanti saya jejak kasih balik yea... suka singgah blog korang yang comel ^_^ yang ada lip lap lip lap.. pastu ada gambar header owner yang comel macho.. fuh! ada lagu...yang penting blog post korang kadang2 buat saya menangis, ketawa dan tertanya tanya..:D

Monday 21 May 2012

Kit Kat

*extra fox* Tadi singgah kat shell dekat area istana budaya. Nak tukar diaper dengan isi minyak. My girl pulak tarik saya suruh masuk kedai kat shell tu. Mommy tau dia nak apa. Tu yang kat atas nie. Tak leh pisah. Blame my grandma yang ajar o_O. Sebab haru nie pergi rumah grandma takde sebab stok dalam fridge habis. Grandma beli memang untuk my girl. Jadi habit pulak. Oh thats bad!

still stuck dalam jem kat depan bangunan tabung haji :p

Macam Biasalah Jem

Kalau dekat kuala lumpur nie memang jem walaupun jalan dah bertingkat. Rasanya semua main city alami situasi ni kan? Dulu kat penang pun macam tu tambah lagi kat jambatan pulau pinang. Kalau kat kuching sarawak pun sama macam jalan kuching kat k.l nie. dont stress yea kekawan semua :)

Breakfast Special

Alhamdulilah baru lepas selesai breakfast.agak lewat. Saya baru perasan breakfast kali nie ada perbezaan rasa dan menu. Saya memang dah lama tak menikmati breakfast di mcd ada berbulan lama.

hari ni husband masuk ofis lewat sebab ingat nak bawak girl gi klinik sebab semalam muntah muntah. Tapi tak jadi sebab pagi nie tengok ok je. Demam pun takde.

#ondawayhantarhubby#

Ragam Anak

SELAMAT PAGI! ^_^

pagi nie tengok ... tak boleh bukak T_T

nak buat TAG tak dapek la den nak buek pagi nie..sebab link dekat FIBOX saya.. tunggu dia OK balik..

Semalam sempat Jugak cuci mata dekat The Curve Damansara.Kebetulan ada Honda Car show kat depan Famous Amous,sempat tengok Honda Stream je. Then terus masuk IKEA. Sekejap je..masa kat main entrance kat tingkat 1 tu sambil tengok set katil, my girl sibuk nak duduk atas tu ,bagi jelah.
Then bila saya sibuk tengah tengok meja makan, daddy dia angkat my girl terus merajuk, menangis pastu berenti kejap je, lepas tu sambung balik nangis.. ok semalam memang pecah record hidup sebab tak pernah tengok dia menangis sepanjang perjalanan dari atas sampai lah ke tempat parking! 
mommy dia takut dia sakit ke apa ke?
Actually masa first dia menangis tu dia merajuk dengan Daddy dia sebab tak bagi duduk lama kat katil tu, lepas tu dia tengok kitaorang jalan tinggalkan IKEA yang memang favourite place dia. Lepas tu dia menagis lagi sebab dia tengok dah sampai Car park -maknanya dia tau nak kena balik... bila masuk kereta lagilah menangis nasib baik dapat pujuk dia.. is Bad biarkan anak menangis dalam jangka masa yang lama.. remember mom!.. 

Lepas tu menghala ke Selayang sebab teringat ada satu kedai perabut nie, pernah lalu je.So semalam dapat jugak pergi masuk dan tengok barang. Then ingat nak sambung kedai dekat area Tesco Extra Selayang tu, tak jadi sebab semua rasa penat. Balik rumah awal then terserempak kawan kami dekat parking, dia pun baru balik jugak :)


Sunday 20 May 2012

Cuci Mata Cuci Duit

Tadi pergi tengok motor, husband ingat nak beli Lc es tapi bila dah tengok motor lain rambang mata pulak.
cari motor yang senang pergi kerja. Lepas tu pergi showroom volkswagen. Sangat excited dengan promotion rate!
Mereka ada hidangkan refresment untuk tetamu tapi kami tak join pun :) My girl dapat candy dengan balloon.
Owh kebetulan pulak kaler favourite :)
Again abaikan yang kanan tu :)

Hujan Lebat Di Kuala Lumpur

Baru lepas selesai lunch.beli kat drive thru je. Lupa ada vip mcd sticker so bulan nie free fries :)
Lepas tu hujan turun dengan lebat dengan angin kencang.
Hope selamat sampai nanti :)

Remote Sape

Cepat bukak disney junior channel skrg! He he biasalah kalau ada anak mesti berebut remote :)
takpelah 15 minit lagi habis la cite nie. Susah betul nak online jap lagi bila keluar rumah. Pakai nie je
saya pakai yang kecik sekarang nie yang besar tu belum hantar service. Kenapa? Yang kes hp saya masuk air tulah. malas betul nak hantar dekat bukit bintang. Kurang gemar lalu sana.:p o_O orang malas selalu rugi!

Merindui Saat Itu

Tadi dok melayan nie
Sila abaikan barbie tu he he. Rindu nak nyanyi dekat stage macam dulu. My husband suruh aktif balik tapi saya rasa biarlah saya bersara. :)

agak agak rindu pergi karaoke jelah kan walaupun sound dekat karaoke dengan stage besar tak sama redha jelahkan. Waaaa nangis kejap boleh?

GELAK GELAK

Alhamdulilah selesai jugak membalas pantun  komen dan berblog walking dengan jayanya...dan jenguk entry lucky draw..hebat!...
My girl dah tak demam, syukur alhamdulilah, kira sekejap jelah..pagi tadi start petang tadi dah turun :)
walaupun hati happy sebab Hafiz menang mania, walaupun tak sangkut paut sedara mara pun menang 500k bagilah iphone sebijik ke kat saya  kerja rumah dah settle, jap lagi nak jenguk Cik B.. owh ada yang tak kenal.. Cik B adalah Rabbit kesayangan saya :) then baru tidurkan my girl yang tak nak tido lagi walaupun jam dah pukul 12 tengah malam.

Tadi masa blog walking baca kat sini rasa nak tergolek je baca..HA HA HA HA.. cukuplah anak saya tergolek dari katil ke bawah sebab gelak sakan tengok Elmo dekat Youtube. Owh dia memang peminat elmo sampai dekat rumah nie ada Elmo seekor :D..

Oklah nak kena tidur awal esok nak kena bangun pukul 4 pagi! kurang dari 4 jam untuk Tido :P

Saturday 19 May 2012

Congrats Hafiz!

Superstar mania HAFIZ! Rm500000 berserta trofi. Apalagi belanja la betul tak Hafiz fc. Jac no 3 alahai tapi takpelah dapat gaak rm100k dan stacy comel dapat rm200k :) suka sangat tengok diorang yang telented nie semua hebat!

Oh Mania!

Alahai hafiz kenak kitak mbak lagu i believe i can fly. Even saya suka lagu tu tapi persembahan ada gaya r.kelly la. Tapi jaclyn victor tetap favourite superb! Saya memang minat jac jugak. Sampai album nie asyik repeating dalam kereta :)
Walaupun my grandma naik kereta cakap sakit tekak dengar jac nyanyi. Tapi bila dia nyanyi ada soul :)

Mania Final

Oklah nak balik. Jem dekat parking dah kurang tapi still jem.
My girl nampak sushi. Apalagi mommy kena heret kat situ.ramai jugak yang sibuk menilih. Mommy and daddy dah kenyang so tak layan lak. Beli satu jelah untuk si kecik. Hari nie dia demam, macam macam dia mintak mcd dah beli chocolate dah beli tapi makan sikit je selera takde kot. Belikan litter untuk cik b baru ingat dah tinggal sikit kat rumah.

hope sempat tengok mania. Saya? Sokong hafiz :)

Bola Bola


Petang tadi sempat jugak ke sini.
Then jusco au2 jem pulak.maybe sebab pasar malam dekat sebelah. Tapi nasib baik dapat parking cepat.
Dinner dulu sambil tengok SIme Darby dengan kelantan. Patut la dari pagi saya jumpa kereta dengan bendera kelantan.

Hujan Jem Banjir

Now on da way nak ke ofis
Mrr2 hala Gombak
Hujan lebat menghala batu caves Nasib baik jalan Kuching hala k.l tak banyak kereta :)

Burger Tea Time

Now dalam kereta tunggu burger kat sini
Kat traffic light sebelum jalan 15/56 keramat ulu kelang :) cium bau pun dah rasa lapar hehe. Hari nie satu hari kesibukan nak bw pun tak sompat. Tadi balik rumah tukar baju n solat jek. Pagi tadi emergency hantar my granny dia kena kencing berdarah lak. Layan jugak benda nie dulu size 10 ¢ je sekarang size 20¢ he he
Bukan belacan la ha ha. Sedap kan

Friday 18 May 2012

Blogwalking Bila

Thank you sebab sudi follow blog nie. Tinggalkan link and message nanti akan singgah. Maklumlah sejak pinjam hanphone comel adik saya tak best pula bila blogwalking.

Saya memang suka update post guna phone pastu terus sambung buat kerja bila betul2 free baru check link korang. Tapi mana yang saya dah follow sempat baca blog post korang.

Anyway blog korang sangat comel :') lepas nie kena la sy comelkan blog nie sebab dah ada tetamu yang masuk :)

Cari Gazebo

Hari rabu lalu lepas bawak my grandma pergi tukar kad atm dekat bank dengan tailor terus tanya dia nak pergi ikea.
Jam pukul 3 sedang elok je. Nak elak jem kan. Sebab dia asyik tanya tu yang bawak dia pergi tengok mana tau berkenan.
So dah survey dan dia berkenan nanti kena ukur tempat dulu then baru boleh amik :)

Fun Fun

Petang semalam sempat bawak my girl ke Jusco Au2 spendtime dekat playland. Sambil dia sibuk main mommy sibuk chat thru phone. Then terkejut sekejap sebab dia main rocking horse dengan kereta tu. Before this dia tak suka main benda tu.
Tukar angin kot sebab nak masuk 2 tahun. :)

my own box!

tadi tengah blog walking nampak beberapa blog yang guna chat box jenis nie


comel je kan :D

dah berjaya install dekat sebelah nie... so lepas nie senanglah tinggalkan jejak dekat situ . hope sempat nak blog walking lagi, tadi my grandma call suruh datang family house, suruh order pizza katanya.. cuaca mendung pulak rasa malas je nie ha ha ha.. chaiyok2!

Bersuamikan lelaki lebih rendah tahap pendidikan


Eh menarik pulak entry dari Notahati.com nie, cuba korang baca :)


Benarkah wanita yang berpendidikan tinggi dan bergaji besar sombong dan besar kepala, terutama apabila bersuamikan lelaki yang lebih rendah pendidikan dan gajinya pula lebih kecil? Perkahwinan umpama bahtera yang belayar di lautan. Ada masanya tenang dan ada tikanya bergelora.
Namun, dalam kes melibatkan perkahwinan lelaki berpendidikan lebih rendah dan berpendapatan kurang berbanding isteri, gelora yang melanda terlalu cepat menjadi taufan. Kesannya, percintaan bertahan lima tahun sebaliknya perkahwinan mampu bertahan lima bulan, nauzubillah min zalik.
Realitinya, perkahwinan beza taraf seperti ini tetap boleh mencapai bahagia. InsyaAllah notahati akan bincangkan beberapa tip yang boleh diamalkan bagi menyelamatkan perkahwinan anda daripada terus bergelora.

Beri sokongan dan jangan ragu

Perkara pertama ialah anda sedar dan tahu kedudukan dan peranan anda sebagai isteri ataupun suami. Kepada isteri, walaupun anda lebih bijak dan berpendidikan, bukan bererti anda boleh membodohkan suami anda sesuka hati. Andai takdirkan anda adalah ketua kepada suami anda di tempat kerja, di rumah pula suamilah ketua rumah tangga. Anda boleh memberi arahan dan marahkan suami jika ada urusan pejabat yang tidak diurus sewajarnya, tetapi ingat!! Urusan pejabat hanyalah urusan di pejabat. Di rumah anda berperanan sebagai isteri atau ibu. Segala yang berlaku di pejabat jangan dibawa balik ke rumah.
Kepada suami, jangan ada rasa rendah diri. Biar siapa pun anda, anda adalah suami dan ketua rumah tangga. Mungkin anda lebih rendah tahap pendidikan dan berpendapatan lebih rendah berbanding isteri tetapi itu bukan anda boleh menjadi hamba isteri. Tidak boleh menjadi hamba isteri bukan bermaksud anda boleh menghambakan isteri anda pula. Walaupun anda ketua keluarga, anda tidak berhak mengarah itu ini kepada isteri.
Anda juga tidak berhak meminta wang sesuka hati daripada isteri. Mungkin pendapatan anda sedikit namun ia tidak menafikan tanggungjawb anda sebagai suami dan bapa. Anda tetap WAJIB mengeluarkan perbelanjaan untuk menanggung segala keperluan isteri dan anak-anak. Jika isteri menghulur bantuan, ianya adalah bonus kepada anda tetapi jika isteri menganggap hulurannya itu sebagai hutang maka anda perlu melangsaikan segala hutang tersebut walaupun tidak dituntut.

Jangan mengungkit latar belakang masing-masing

Isteri jangan sesekali menjadikan latar belakang suami sebagai senjata untuk menjatuhkan air muka dan harga diri suami. Jika kelemahan suami itu anda persoalkan, kenapa dahulu beria sangat menjadi pasangannya. Suami juga tidak boleh menjadikan latar belakang sendiri untuk menutup mulut isteri atau menjadikan latar belakang isteri sebagai senjata untuk meminta simpati. Setelah hubungan suami isteri sah di akadkan, tidak kira apa juga latar belakang anda, anda perlu satukan ia menjadi satu sikap toleransi. Hanya dengan toleransi, bahtera perkahwinan anda akan dapat terus belayar menuju destinasi, insya-Allah.

Terimalah pasangan anda seadanya

Jangan bandingkan pasangan anda dengan orang lain. Sudah anda tahu suami anda berpendapatan lebih rendah, jangnlah mengharapkan dia menyalut badan anda dengan emas atau menghiaskan rumah anda dengan perabot mewah. Jangan pertikai ketidakpayahan suami anda memberikan kehidupan yang sempurna tanpa bantuan anda.
Ada juga suami yang bimbang, isteri yang berpendidikan dan bergaji besar akan menjadi ‘queen control’. Jadi, mereka gagal melihat kelebihan pada isteri yang berpendidikan tinggi, bergaji tinggi. Cuba tanya pada diri sendiri sudah tahu latar belakang dirinya, kenapa masih menerimanya jika kini latar belakang itu anda jadikan senjata menikam dirinya pula? Kepada suami pula, sudah anda tahu kerjaya isteri anda jadikan komitmen dan masa yang lebih, berilah sokongan kepadanya dan jangan ragu kesetiaanya pula.

Jalani Kehidupan yang lebih baik

Sebenarnya, banyak manfaat mendapat isteri yang berpendidikan. Wanita yang berpendidikan juga biasanya berupaya mendapat pekerjaan dengan gaji yang baik. Ini secara langsung atau tidak, dapat membantu suami meneguhkan ekonomi rumah tangga. Lebih berpendidikan lebih baik, tetapi tidak semestinya yang lulusan universiti sahaja. Wanita yang berpendidikan ini kebanyakannya berpandangan jauh. Mereka sedar erti pendidikan untuk anak-anak mereka. Mereka akan berusaha untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik.
Jika anak mereka lemah, mereka akan berusaha mencarikan bantuan seperti tuisyen atau kelas tambahan untuk anak-anak mereka. Bahkan, tidak kurang wanita yang sanggup meluangkan masa untuk mengajar sendiri anak-anak mereka. Wanita seperti ini biasanya berupaya menyemai nilai-nilai cinta ilmu di jiwa anak-anak mereka.
Seorang wanita berilmu, di tambah lagi dengan akhlak mulia dan kuat pegangan agamanya, menjadi satu rahmat besar bagi kaum lelaki. Mereka berupaya mententeramkan hati suami dan sama-sama memikul tanggungjawab membina keluarga. Namun, dalam kita menggalakkan kaum lelaki mengubah sikap mereka, kaum wanita yang berpendidikan tinggi dan bergaji besar juga harus memainkan peranan mereka. Golongan ini juga harus membetulkan sikap mereka dan berusaha mengubah tanggapan serong terhadap mereka.
Sebagai wanita Islam, walau setinggi mana pun pendidikan dan gaji mereka, mereka harus terima hakikat bahawa suami adalah pemimpin keluarga yang harus dihormati. Percayai diri anda, percayai pasangan anda, berdoalah kepada-Nya, insya-Allah perkahwinan anda akan bahagia. Semoga kaum suami akan dapat lebih menghargai keindahan beristerikan wanita yang berpendidikan dan bergaji besar.


Read more: http://www.notahati.com/tip-bersuamikan-lelaki-lebih-rendah-tahap-pendidikan/#ixzz1vCRMApaB

Pondok Putih blog saya

Blog saya nie sunyi pulak sebab owner blog tak update post he he... actually kebizian sikit, ada cerita menarik nak di tempekkan kat sini tapi later maybe :D.

Since saya selalu online , i decided to find new friends here on blogger, tapi sebab blog nie baru lagi, tak sampai sebulan dalam dunia blog nie, so nak promote sikit

Hello !! nak bagi tau saya ada blog nih! 

ha ha sape lah yang nak dengar my words kat atas nie kan? .. so saya nak mintak tolong my blogger friends tolong bagi tau kawan-kawan PONDOK PUTIH ada blog :)
siapa saya?

Saya seorang isteri dan mommy kepada seorang anak perempuan , jarang duduk rumah dan suka melepak dekat family house,suka melepak dekat shopping centre, travelling, karaoke dan cuba jadi chef walaupun bila masak jadi disaster sebab kurang gemar bukak recipe books. Suka buku english novel tapi selalu baca half way sebab jarang dapat free time. Dan berblog as my favourite past time and sharing the story of my life yang saya rasa kadang kala ada persamaan dan berbezaan dengan orang lain.


  1. letak tajuk post PONDOK PUTIH BLOG
  2. letak gambar atas nie dalam post
  3. Follow blog nie
  4. linkkan post ke sini ( http://pondokputih.blogspot.com/2012/05/pondok-putih-blog-saya.html )
  5. dan tinggalkan link ada dekat comment :) DONE!


 nice to meet you All... owh saya nak bagi top up free nie dekat lucky blogger yang berjaya buat entry khas mengenai blog saya ^^
tak banyak pun rm50 je.. open to all prepaid and postpaid user...  simple je kan!



Tuesday 15 May 2012

Typo Error Headache

Morning, perasaan tak my blog banyak typo error. Sebab jari gemuk lepas tu pakai Samsung Galaxy Mini sementara nie memang blog akan banyak typo error. Nie sedaya upaya elak.

malam semalam nak update kat sini, nak dekat maghrib semalam duduk dalam kereta tunggu husband tiba tiba my friends perasaan saya dekat situ,mereka baru balik kerja. Borak borak kejap sampai husband datang, blog post terus masuk draft.he he

post tu nak cerita pasal saya pergi carrefour petang semalam tanpa my girl, dia spendtime dengan moyang dia :) hari nie nak sambung packing barang. Tapi ingat nak masak lunch menu dulu,nanti taklah terganggu.owh semalam saya beli benda nie,

My girl mesti suka sebab ada mickey mouse :) saja nak cuba rasa produk ayamas macam menarik je bolognese ni. Saya prefer cooking sendiri tapi bagus jugak ada incase emergency nak cepatkan? :D

Monday 14 May 2012

Siapa Nie

Lepas dari ofis huaband terus gi family house.masa tengah park kereta bunyi tengok no tak kenal tapi angkat je. dia tanya boleh cakap dengan ** . Terus dia cakap nie kekasih lama dah lupa ke. Taulah dah kawen takkan lupa saya kot. Ada gak tanya sblm tu sape.

haha. Saya gelak je,memang dag tau sape je yang suka cakap macam tu. Dah lama tak jumpa dia almost 4 years! Bila dia tanya anak lelaki ke pompuan pastu terus kata nak book anak saya nak masuk meminang. Ha ha. Saya cakap anak saya dah ada orang book dari kecik. He he. Korang nie my daughter baru umur 2 tahun that means another 20 years to go. Sambil layan this

Terperasan komen dekat my blog. OMG! Mr.zarul!! He he. Really honoured bila dia baca my blog. Zarul who? Zarul dari kumpulan umbrella :) saya dulu follow his personal fb,group nyanyian,youtube,twitter and his blog. Recently he won celebrity blog award by malaysia tourism! Sangat suka baca blog dia selain tips nyanyian,makanan blog dia selalu ada gambar overseas!! :) i love travelling so that blog really helpfull. So guys feel free visiting him Here :)

Sushi Sushi

Finally dah dapat my sushi,beli sushi dengan peach tea.
I bought 3 pack of sushi sets and 2 can of peach tea. Ingat nak duduk makan but rindu pulak bila berdua he he. Then bawak my girl pergi playground kejap pastu terus pergi ofis husband.
dah sampai baru call husband. Surprise! He he. Buat buat nak bagi file konon tertinggal,tak urgent pun. padahal bagi sushi he he. My husband selalunya tak bagi datang takut penat. Anyway dah lalu singgah jelah kan.

Kotak

Oh kotak hati. He he tiba-tiba pulak. Bukan kotak suara atau kotak hati tapi kotak untuk barang. Zaman sekarang kotak memang susah nak dapat kecuali beli. Kalau dulu pergi je kat kedai runcit mesti dapat free sekarang dah jadi bisness. Orang jual beli kotak.

Actually kat rumah still simpan kotak masa pindah rumah dulu cuma dah kurang sebab bagi my mom sikit last few months sebab dia nak pindah rumah. Haritu pindah ofis pergi beli kotak rm5 satu.

Sekarang tengah nak kira berapa banyak kotak nak pakai. Nak kena packing. Dalam rumah nie banyak barang nak kena buang. Semalam dekat traffic lights tengah tengok orang pasang banner pasal pakaian amal. Baru last week fikir nak bagi baju dekat sape so dah terjawab :)

Nak kena buat plan sebab byk sangat barang. Nasib baik last year decided tak nak tambah perabot baru dekat rumah kalau tak sayang je rosak bila masuk lorry.

oklah nak suruh my girl bangun nak pergi makan sushi jap lagi.

Jog

Baru sampai rumah tadi dok pekena nan cheese.rupanya hari nie manchester united lawan sunderland. So funny sebab my husband dah lama tak follow football match. Tadi duduk makan dengan baju jersi MU. Tadi pergi jog bawak my girl and cik b exercis kaki. Ok hope no monday's blue tomorrow :)

Sunday 13 May 2012

cookies finally

pagi tadi sempat jugak buat cookies ;)
lepas siap terus pergi family house. Then set up tempat dekat our garden for our celebration day. Sementara waiting for my uncle to come, my husband sempat set up the BBQ place. bila semua dah ada, havoc la :) kecuali my father tak de out station :P
celebrate belated birthday my grandma and my niece.. cake satu je.. so funny bila my grandma nak tiup lilin my uncle said : mak kena tiup kek ben 10! :D
 fruits and salads on our menu 



 my niece baru balik dari her guitar class, so apa lagilah ber 'konsert' jelah kitaorang .My hubby dah hilang bila masuk pukul 3, pergi test drive Volkswagen Tiguan katanya. Sementara tunggu dia balik sempatlah juga kemas-kemas our party place :)


overall happy with our mother's day celebration :)  HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MUM IN THE WORLD

Saturday 12 May 2012

Cupcakes? Muffin?

Fuh! Really tired. Bought some stuff for baking. Tadi pergi tengok muffin and cupcakes. Tapi macam tak worth it je nak beli. So i decided nak bake sendiri, tapi sekarang macam kepenatan sangat. Esok my family buat bbq. Buat gathering,diorang tak mention pulak untuk apa tapi dah boleh agak for what :) mother's day. So tomorrow mommies unite he he. Ok then need have a good rest now, esok kena bangun awal dari biasa for baking :) nite!!

Taz Cafe Rawang

Nampak bank islam rawang selang beberapa buah kedai nampak cafe ni. Masa saya duduk makan ramai student makan dekat sini.
Saya order roti canai cheese. Saya suka kuah dal dia, not bad. Layanan, best! Mesra :)

Family Day Plan

Almost done with today's meeting. Tengah terfikir untuk family day nanti. Hotel booked, tapi not sure others family members boleh attend on that day. Hope semua boleh join in, mereka nie susah sikit weekend pun sibuk including their children. Memang payahlah kalau nak kumpulkan semua,kalau dapat memang huge success lah nampaknya.

Still wondering nak buat birthday party untuk my girl bulan nie sebab masa discussion with my aunt dia suruh buat masa family day nanti dan celebrate sekali dengan anak dia yang birth date bulan nie jugak. Great idea, but now tengah fikir lagi nak beli birthday present apa pulak tahun nie. ┌iiii┐ owh! and cake flavour too need to think about.

Dah On!! Dah On!!

Good morning :) sekarang tengah blogging guna handphone yang kena rendam air haritu, pagi nie cuba bukak semula handphone nie dan alhamdulillah syukur sebab dah boleh on. Tapi kejap lagi nak kena transfersemua benda yang ada dalam phone nie sebelum pergi hantar checkup nanti. Tapi hantar lepas appointment nanti kot. Kalau takde appointment hari ni dah lama gi holiday,yelah hari jumaat semalam husband cuti, kan best sampai hari ahad nanti. Tapi takpe semua holiday plan bulan nie kena postponed dek kojo :) Oklah nak breakfast dulu <( ̄︶ ̄)>

Friday 11 May 2012

PHONES

kejap lagi nak keluar rumah,tengah siap-siapkan barang. tengah fikir nak bawak Cik B tak? owh Cik B adalah my adorable.loveable bunny. Tapi rasanya hari nie dia kena stay lagi dekat rumah sebab jap lagi ada urusan, nanti kesian dia kena ke hulu ke hilir dengan mommy.. penat pulak dia nanti. My girl memang wajib ikotlah,dia tak pe dah biasa dari baby lagi :D Nanti mommy ada masa batu bawak Cik B yek . Hari pun nampak macam mendung je nie. Hope everything going well. Tadi sempat browsing dalam internet pasal handphone. Not sure if i nak tambah lagi koleksi SAMSUNG.. he he i have 3 samsung phone sekarang ni semuanya saya pakai, why three? sebab satu tu pakai untuk internet je dan normally my girl yang selalu guna. second phone is my main line or my personal numbers dan third is for my business line untuk ofis. My ofis belum pasal fixed line sebab baru pindah. My husband recently pakai samsung jugak, mean ada 4 dah :P Kalau time nak charging phone, berderet macam dekat kedai handphone..ha ha funny LOL! ok then got to go now...see ya all later! :D

i need handphone!

Sekarang tengah blogging guna Lappy, nampak nya few days nie kena guna lappy sajelah bila nak online, sebab selalunya guna handphone tapi hari nie my girl dah masukkan my handphone masuk dalam air. Mommy akan jadi lebih susuh untuk beronline lepas nie . Harap boleh recover balik kalau tidak handphone barulah jawabnya. Tapi nak tunggu Samsung S3, bila nak start jual nie . Mommy tak boleh nak setiap masa nak angkut lappy saja, nanti jadi banyak sangat barang dalam kereta. Esok hubby said dia off day, so kalau tidak ada urgent kena panggil ke apa boleh lah saya selesaikan tugasan yang belum selesai esok sebelum masuk Sabtu, tengah fikir jugak nie kalau handphone repair lama lagi terpaksa beli jelah apa yang ada dari tunggu S3 comel tu :P kalau tidak mommy akan mengalami kesukaran untuk checking nad sending emails dan buat apa-apa perkara yang kena online termasuk blog ni :P

Thursday 10 May 2012

Potty Train?

Cuba nak ajar dia toilet train. Tapi tak tau bila.pernah cuba dulu tapi kekangan masa macam tak sesuai je. Hope lepas nie berjaya :)

Most parents eagerly anticipate potty training as a milestone in their child's development -- if for no other reason than that it means an end to changing nappies. But few mums and dads are prepared for how long it can take. Yes, some children get it within a few days. But many more take several months. You and your child have a better chance of success if you know the basics of training and can make the process clear to your child. 

A -- Assess your child's readiness  Most people begin training when their child is about two, but some kids may not be ready until well into their fourth year. Watch for the right signs, such as imitating others' bathroom habits, and don't pressure your child to start before he's ready. It's worth running through abasic checklist  to see if he is ready. 

B -- Buy the right equipment  First and foremost, this means investing in a child-sized potty or a special seat  to attach to your regular toilet. Whichever you choose, make sure your child can stabilise himself with his feet so he can push when he's having a bowel movement. You may also want to pick up an explanatory picture book or video for your child to help him get interested in training. 

C -- Create a routine  Sit your child fully clothed on the potty seat once a day -- after breakfast, before his bath, or whenever else he's likely to have a bowel movement. This allows him to get used to the potty and accept it as part of his routine. If he doesn't want to sit on it, that's okay. Never restrain him or physically force him to sit there. And especially don't push the issue if he seems scared. 

In both cases, it's better to put the potty away, or at least aside, for a few weeks or a month and then try again. If he's willing to sit there, fine. But at this stage, don't even try to explain why he should use it; you just want him to get used to the thing. Make sure it's always in a convenient place -- since it's portable, your child's potty can be used in the garden or the playroom. 

D -- Ditch the nappy  Sit your child on the potty seat without a nappy. Again, let him get used to what it feels like to sit there this way. At this point you can start explaining that this is what Mummy and Daddy (and any older siblings) do every day. That is, undressing before you sit down to go to the bathroom is the grownup thing to do.  If he gets the idea and produces something, that's fine. But don't push him to perform. Again, wait until he's ready and demonstrates a clear interest in using the toilet on his own.

E -- Explain the process  It may help to show your child where his bowel movements go. The next time he goes in his nappy, take him to his potty, sit him down, and empty the nappy beneath him into the bowl. This will help him make the connection between sitting and producing. After you've emptied his potty into the big toilet, let him flush it if he wants to (but don't make him do it if he's scared) so he can see where it goes. Teach him to dress himself and wash his hands when he's done. 

F -- Foster independence  Encourage your child to use his potty whenever he feels the urge to go. But make sure he knows that he can tell you, too, and that you'll take him to the bathroom whenever he wants you to. If you can, let him run around sometimes without a nappy (or any clothing below the waist), with the potty nearby. Tell him he can use it whenever he wants to and remind him occasionally that it's there if he needs it. 

G -- Grab some training pants  You may like to try using training pants. Some children like them and they help, others just think of them as a slightly different type of nappy and they defeat the object of the exercise. Some children are encouraged by having real underwear instead. 

H -- Handle setbacks gracefully  Virtually every child will have several accidents  before being completely trained during the day and at night. Don't get angry or punish your child ; after all, it's only recently that his muscles have developed sufficiently to allow him to hold his bladder and rectum closed at all. Mastering the process will take time. When he has an accident, calmly clean it up and suggest that next time he try using his potty instead. 

I -- Introduce night training  Even when your child is consistently clean and dry all day, it may take him several more months or years to master night training , so don't throw away his nappies just yet. At this age, his body is still too immature to reliably wake him up in the middle of the night just to go to the bathroom. You can help cut down on wet nights by not letting him drink too much before bedtime and telling him that if he does wake up in the middle of the night he can call to you to help him get to the potty. You can also try leaving his potty near the bed in case he wants to use it. 

J -- Jump for joy -- you're done!  Believe it or not, when your child is ready to learn this new grown-up skill, he will. And if you wait until he's really ready to start, the process shouldn't be too painful for either of you. He will eventually be trained, and you won't have to think about it again -- at least, not until the next baby...

Gonna Rain Soon

The sky is getting grey, the lightning is on his way. Nampaknya kena simpan hasrat nak jog petang nie. My husband on his working day maknanya dia tak jadi cuti (╯︿╰﹀ Sad but what can i do. Luckly i have my girl beside me (⌒▽⌒) so. ..im happy the whole day, sejak dua menjak nie dia asyik nak berkepit je dengan mommy dia tak boleh jauh sikit mesti cari. Lepas tu ajak duduk sebelah dia. :) I admit since she growing up dia pandai ambil hati mommy dia ∩ˍ∩. Ada je benda dia akan buat untuk tarik perhatian mommy dia yang sibuk buat kerja, maybe dia nak suruh mommy relax.he he suruh duduk dengan dia sambil watching dvd.

Melatih Diri Disiplin

Beberapa cara yang boleh digunakan untuk melatih disiplin diri cara Islami adalah seperti berikut:

* Fokus mendengar azan dan jawab dengan sedar. Fahami maksud azan dan jawapan yang diberikan itu. Sebaiknya kita diam. Tidak lama untuk menghormati azan. Hanya beberapa minit sahaja. Indahnya azan, terkandung satu khasiat di sini iaitu melatih kita untuk berehat menenangkan jiwa buat sebentar.

* Solat pada awal waktu. Bagi lelaki, digalakkan solat berjemaah sama ada di masjid ataupun di tempat kerja.

* Bangun di 1/3 terakhir malam untuk solat tahajud.

* Bangun awal pagi dan bersedia untuk solat subuh (sebaiknya berjemaah di majid/surau atau bersama keluarga). Bangun awal pagi juga adalah satu sunnah yang terpuji.

* Tidur awal. Tidur awal adalah sunnah Rasulullah SAW. Malah tidak disarankan berada di luar rumah seperti lepak dan berborak kosong sampai larut malam. Allah telah mengingatkan bahawa dijadikan malam itu untuk beristirahat dan siang pula untuk bekerja/mencari rezeki.

Bahasa Kita Bahasa Allah

Actually rasa macam nak luah perasaan je tapi takpelah (︶︿︶) Saya nak share yang kat atas nie je.

ヽ(^o^)丿

alhamdulillah sejak masa bercinta dulu boyfriend saya selalu tegur pasal bahasa saya . Actually saya dah terbiasa dari kecik pakai bahasa dekat atas nie, reality dari enviroment sekeliling. Ada yang tak di list kat atas nie yang selalu saya atau kawan kawan guna seperti 'god bless you' , 'mak datuk' dan lain lain. Tak perlulah saya senarai panjang, cukup sekadar kita ingat kembali. Sekarang bila saya dah kawen dengan boyfriend saya tu (*^_^*) dia masih tegur kalau saya tercakap, memang kekok bila nak tukar mula mula tu tapi akhirnya syukur kepada allah dengan lidah nie :')

Lt. Alex Hopper

Oh my goodness he so cute, handsome. Melting my heart like an ice cream. Ha ha joke. Suka tengok dia dalam Battleship. Nama dia Taylor kitsch!!
Suka sangat tengok dia pakai baju uniform putih wow

(∩_∩)

Korang dia handsome sangat!