Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

Tuesday, 14 August 2012

Im A Bad Mom

Bunyi macam kejam sangat kan? Why i said so? Sebab saya seorang yang mengabaikan anak. Bukan macam kes dekat china yang tak mampu bayar pengasuh diorang pi rantai anak dekat rumah. No! .

the story goes like this, semalam around 11am,tengah khuyuk depan lappy doing works online tiba tiba my girl datang dekat sebelah and said " mi, poo poo,wash! " pastu saya tanya dia balik "poo poo?" pastu dia jawab "yes" so tangan pun laju je check diapers dia. Then cakap kat dia "eh takde poo poo pun" pastu dia sambung tengok tv

Later less then 15 minutes dia datang balik said the same thing then check yup she is right terus bawak pi toilet.

then baru saya tahu, motif dia bagi tau awal sebab nak poo dalam toilet, dang! Why saya tak teringat sebab saya ada pesan kat dia kalau nak poo tell mommy we poo in toilet.

See anak dah nak ready toilet train tapi mommy pulak tak ready :p

Friday, 10 August 2012

Toilet Train?

Hari nie rasa lembik sangat. Tak taulah kenapa.mungkin kepenatan hari hari busy lepas atau tak sahur pagi tadi. Actually bangun pukul 4 tapi tido balik lepas bagitau my husband tak nak sahur hah!.

sekarang tengah menghadap cik b. Ingat nak start toilet train. My girl pun tak sempat nak toilet train semua sebab busy and jarang ada rumah. How?Cik b dah full grown kiranya dia dah lepas tahap baby

haritu ada baca kalau kita mandulkan arnab senang sikit nak train and jaga. Well i admit sebab i ada 3 ekor kucing yang di mandulkan.one of it is mine name cik L. Cik L nie dah di mandulkan masa saya adopt dia. Sangat sayang dekat dia tapi terpaksa hantar dia kat family house due to my hectic schadule. Cik b kadang kadang saya bawak, sebab senang nak jaga.

sekarang pun sibuk pack barang dalam rumah untuk move out to new place. Moving memang memenatkan kalau ikotkan nak upah je orang moving tu yang buat semua kerja packing tapi malas lah, rasa tak privacy pulak orang tengok barang kita kan? :). Anyway dah 50% packing. Yang lain barang besar and daily use items yang boleh masuk terus bila nak moving. Tommorow nak send out few boxes to family house. Barang yang rasanya dah tak di perlukan tapi nak buang sayang sangat :p.

my office pun dah separuh siap. Cuma nak masuk stock je. What a relieve :). Actually banyak planning kena tukar due to my hectic and time management, memang stress sekejap.

Wednesday, 1 August 2012

Bila Anak Aktif

Bila anak aktif bergerak mesti ada yang kata "hyperaktif nie bahaya"

"budak aktif selalunya bijak"

" anak tak reti diam ke?"

Macam macam yang kita akan dengar. Dan saya salah seorang yang menghadapi masalah anak aktif. Saya ada baca pasal hyperaktif yang melampau.dan bila saya check tanda tanda anak hyperaktif nie salah satunya tidak reti duduk diam walaupun tengah tengok tv. Alhamdulillah tanda tu takde kat my girl, cuma dia memang aktif bergerak bila bosan atau ada idea nak buat sesuatu yang baru dan itu saya tidak terlalu risau sebab itu menunjukkan anak kita sedang belajar dan perkembangan otak.

cuma kita akan penat je . Macam saya berkerja sambil jaga anak memang agak mencabar tetapi saya rasa bersyukur sebab allah kurniakan seorang anak yang aktif seiringan dengan gaya hidup saya yang juga aktif. Tiada masalah untuk travelling kemana mana.

My advice for all mommies yang kadang kala berungut pasal anak tak reti duduk diam, let them be their own self but kita kena pantau gerakkan dia untuk keselamatan dan juga untuk elakkan dia belajar sesuatu yang baru yang negative. Jangan marah mereka tapi cuba alihkan dan explain pada mereka secara lembut :)

Monday, 4 June 2012

KORANG MATA DUITAN YEA

Fuh! really hot weather today.. sweating dah nie.. my girl dah habis berendam dalam pool . Pakai pool angin je he he he.

Semalam ada berbual dengan sorang nie. Bila dia kata macam mana nak berjimat nie. Duduk rumah lagi bagus tak keluar duit...

Tettttt! wrong :)

Tau tak kenapa saya kata salah. Cuba tengok list nie


  • Air- duduk rumah takakn tak mandi, buang air, minum, masak... bayar bil air kan?
  • Electric - sah-sah nak tengok TV, layari internet, vacum, pasang kipas,aircond... and the list go on.... bayar bil TNB kan?
  • Cable Tv - sekarang macam2 cable tv ada selain Astro... free ke? 
  • Internet - kena bayar kan ke korang curi line wifi saya...;p
  • Rumah - takkan free kot... kalau sewa mesti kena bayar.. kalau beli... loan pun kena bayar..  tak bayar pape? wah hebat.. cukai pintu bayar tak :D
  • makanan - ikan,ayam,sayur..apa-apa jelah yang korang semua nak kenyangkan perut... kena belikan :)

So marilah kita semua jadi Mata duitan... ha ha (kejam betul ayat nie)
Bak kata ustaz Ajim .. Umat islam kena jadi kaya kenapa? nanti saya sambunglah .. panjang pulak nak ingat balik ceramah ustaz tu :D

JOM PLANNING

Now tengah sibuk guna Kitchen Planner dekat website  IKEA .  baru balik dari IKEA tadi. Ambil photos and measurement and design idea kat sana. Hari tu pun ada tengok barang dekat kedai furniture, kebetulan mereka tengah buat sale sampai akhir bulan nie, worth it jugak kalau beli dekat situ.

Itu yang pergi ikea hari nie, nak buat perbandingan dari segi harga,design dan kualiti. Semua nie nak kena titik beratkan, kalau murah sangat kualiti rendah tapi ada yang mahal kualiti rendah jugak. itu yang kena datang pastikan.. tengok dan rasa permukaan dia , itu nikmat pergi window shopping he he he.

 Petang tadi dah amik measurement , so senang nak buat arrangement kejap lagi sebelum tidur. Banyak kerja yang tertunggak actually dari kerja kemas rumah, ofis and homeschooling, Tadi dekat ikea pun berdua with my husband, my girl? tinggal dekat family house. Masa jalan-jalan me and husband tiba-tiba serentak cakap " missed our girl" ha ha funny sebab baru tinggalkan dia 2 hours :P. Grandma pun dah pesan suruh tinggalkan dia sampai dia tegur sebab dah lama tak tinggalkan dia dengan granny,: ke mana je mesti bawak"..oh grandma nie " :)." Ok jugak mommy and daddy dapat date hari nie ^^.

Friday, 1 June 2012

Di sabotaj oleh Handphone

Sementara menunggu husband bersiap, nak cerita sikit insiden yang berlaku
cuba tengok gambar nie
dari lima biji phone satu je yang berfungsi NOKIA sebab dia terselamat dari kejadian 'banjir'
Galaxy Tab saya yang mula-mula kena tragedi buah apple..ha ha baca kat sini 

sebelah Nokia tu Samsung Corby2 ..tengok screen pun dah tau dia mangsa yang paling teruk, Sony Ericsson X8 dengan Samsung E1080F.. 3 phone nie mangsa banjir air soya..ha ha.. handphone nie semua berendam dalam air soya yang tertumpah dalam handbag saya akibat botol susu my girl yang punting dia dah koyak.

so selama seminggu nie semua orang tak boleh call saya. Memang Gila, saya pulak saja tak nak beli handphone baru. Takut handphone baru kena jugak :P

Tapikan dah dua hari Galaxy S3 dah keluar saya tak pergi pre order atau jejak kaki kat kedai handphone lagi.






Lepas Hari nie Galaxy mini 2 keluar pulak. Ingat tak handphone pinjam  Galaxy Mini yang saya pakai sementara..sekarang ada no 2 pulak





so tengah fikir lagi nie Sebab berkenan dekat HTC one x. Tapi tokey kedai handphone kata handphone Htc selalu problem.

So agaknya dapat tak ganti handphone kat atas nie 4 buah.

  • Samsung S3
  • Samsung Note
  • HTC one X
  • Samsung Galaxy mini
macam melampau lah pulak kan kalau beli empat2 nie... oklah nak check balance saving account dulu..ha ha :P

Bila Bosan

Ingatkan My girl je rasa bosan, rupanya mommy dia pun dah berjangkit
tadi sempat juga melayan application dalam Facebook,


saje takde keje klik sebab tengok ada orang dapat result rumah Apartment, so bila tengok saya punya.. ha ha ha gelak sajelah.. comel pe XD

Hope petang nie tak hujan sebab nak beraktiviti sikit, tunggu my husband balik :)

TRAVELOG: JOHOR BAHARU ,JOHOR



Perjalanan dari desaru melalui Senai Desaru Expressway laluan yang sama kami datang ke desaru. Perjalanan memakan masa sejam empat puluh lima minit menuju ke Taman Melodies, Johor Baharu.

Kami ke sini dahulu untuk makan di restoran yang famous dekat JB nie. Niat nak jumpa owner kedai nie tak kesampaian pun sebab mereka sibuk dengan urusan catering. Saya order Nasi ayam Penyet dan Nasi serai. Lepas makan sebelum balik sempat juga jumpa manager kedai dan kami teruskan perjalanan meronda bandar JB,


sempadan Singapore ..

Petang tu sempat juga singgah Danga Bay dan melepak tepi laut berhampiran The Zon. Makan Tauhu Bakar. Memang benda wajib rasa bila sampai dekat sini. Kemudian baru masuk dekat The Zon cari barang dekat situ. Ingat nak borong chocolate dekat sini sebab duty free. Tapi tahan juga diri sebab my girl chocolate addict macam mommy dia. Masa lalu pun dia tengok-tengok, tapi tak minta pula. 

Keluar dari The Zon cari Hotel sebab tengok jam dah pukul 9 malam. Mula-mula cari dekat kawasan berdekatan,ingat nak amik dekat The zon regency tapi dekat sangat dengan tempat shopping tak best pulak. So jalan-jalan lagi cari,cantik-cantik pula hotel dekat tepi laut nie. Tapi akhirnya saya cari jauh sikit sebab banyak hotel full ada bilik pun biasa je.


Seri Malaysia Johor Baharu jadi tempat kami berehat kali nie. Berehat, my husband keluar pergi beli makanan, saya tak ikut sebab nak berehat lagi pun nak suruh my girl resting juga. Bertiga makan lewat malam, tengok Movie .

Keesokannya bangun breakfast dekat Tanjung puteri Cafe dekat main entrance hotel. Lepas check out kami teruskan perjalanan ke  Tanjung Leman.

Bila saya kena Dera

Tolong! saya kena dera..
kena dera dengan ......

nasib baik ada Talian NUR di bawah Kementerian Pembangunan Wanita,keluarga dan masyarakat


Talian Nur boleh call guna nombor 15999

saya kena dera dengan......
My girl yang umur 2 tahun.. boleh report tak? :P
hari nie dia asyik tarik mommy ikut permintaan dia... minta tolong 'tickle' dia..suka sangat kena geletek.. sebab dia bosan sangat... daddy dia kata, dia nak adik la kot :p

TRAVELOG : DESARU JOHOR

Sambungan Episode Perjalanan kami bermula pada pukul 10 pagi dari rumah ke family house untuk hantar Cik B dan terus ke ofis husband. Selesai urusan, terus menuju ke Tol Sungai Besi. Bermulalah perjalanan kami menuju ke Negeri Johor.

Jalan di Plus highway mula sesak ke arah seremban, perjalanan di teruskan dan alhamdulilah jalan kelihatan lancar selepas itu. Sepanjang perjalanan kami berhenti 3 kali di perhentian R&R Plus untuk rehat kan diri dan kereta.

Kami tiba di Desaru lebih kurang pukul 4.00 petang, kami datang tanpa sebarang tempahan hotel. Kami selalu travel dengan cara begini. Walk in untuk mencari hotel, tapi kena make sure ada list hotel yang berdekatan. Sebab hotel biasanya akan full masa cuti sekolah. Tapi desaru masa nie kurang menarik sebab mereka buat renovation untuk beberapa buah hotel tepi laut. Lepas 3 buah hotel fully book, kami teruskan mencari dan akhirnya pukul 4.30 petang tiba di Pelangi Balau beach Resort. Petang tu hujan mula turun, renyai. Husband yang masuk untuk check in. Husband kata kita bernasib baik sebab ada tinggal satu bilik satandard, tapi lagi lucky bila ada deluxe room kosong sebab ada orang check out masa tu.

 view dari balcony bilik

view dari main entrance bilik

Petang tu kami ke Bandar Penawar dan berhenti Dinner dekat Restoran Najwa Taman Desaru Utama. Satay dekat sini sedap. Mula-mula order 10 cucuk satay ayam lepas tu bungkus lagi 30 cucuk, sampai abang yang jual satay pun tanya.

Keesokan pagi, bangun awal untuk breakfast dekat resort sebab dah termasuk dalam pakej bilik.

view dari tempat makan

Lepas makan, husband bawa my girl swimming tapi tak pergi pun melawat laut kat sebelah. Kami Check Out awal sejam, sebab nak mulakan perjalanan awal sempat juga Lunch dekat Medan Selera berhadapan dengan resort. Kemudian terus ke DESARU FRUIT FARM.


Kami tak jadi turun, why? bila tengok tiket masuk RM20 per adult dan RM15 for Children dengan fruit cuts. My girl kena kira jugak sebab 2 tahun ke atas, dan total will be RM 55. So bila tengok my girl dah tidur, saya beritahu husband takpelah kita beli buah dekat tepi jalan rasanya boleh dapat macam-macam..he he. Anyway kalau kawan-kawan nak singgah kat sini, silakan menarik jugak tempat nie,macam-macam jenis buah boleh tengok, tambah lagi boleh kenal rupa pokok yang selalunya kita tau makan buah je.

perjalanan di teruskan





akhirnya sampai di Desaru Ostrich Farm

sampai sini mestilah tengok Ostrich, he he tapi ada juga ayam, burung kasawari dan baboon .


yang nie nak test kekerasan telur ostrich .. memang keras sebab kalau nak pecahkan kena pakai drill ..




cengkerang boleh recycle buat craft item seperti lamp shade


kulit ostrich yang bernilai ribuan ringgit bila dah jadi bag dan barangan kulit


 jadi ubatan
 tulang dada ostrich
 tulang dada yang menempatkan jantung dan hati burung unta 

saya beli sayur nie RM2 kat situ untuk feeding, mula-mula tu risau, takut kena cubit nanti..he he tapi best pulak tengok mereka makan.


sempat juga test rasa kaya dari telur osctrich dan beli cenderahati dekat situ.


Jam pun dah menunjukkan pukul 3 petang, tidak dapat nak pusing dekat Desaru lagi teruskan perjalanan ke JOHOR BAHARU.


Kayuh kayuh

Jumaat lepas sebelum solat Jumaat sempat kidnap my husband dari ofis dia :). Pergi cari basikal,

yang penting kaki sampai kat paddle, tangan sampai kat handle :D

Masa mula test kaki dia kurang sampai sikit je kat paddle, so uncle kedai basikal tu bagi adjust kerusi dia. Then :) ok dah. basikal nie tak lah se-comel barbie bike tu tapi atleast boleh naik. cuma saya kurang berkenan sikit dekat tayar dia nampak kurang safety..biasalah tayar 'mati' kata orang tua tua. Ada jugak tanya uncle tu, dia kata boleh tukar tapi biar pakai dulu tayar asal. 
Takpelah belajar sampai pandai dulu, later dah ok boleh upgrade BMX ke he he. Lagi pun saya dapat bike nie under RM 100 ! jimat tak?  sangat jimat sebab mommy budget untuk basikal Rm 250 maknanya ada balance Rm 150 :D

Petang tu lepas daddy dia balik keje, ajar dia kejap sebab my girl sibuk nak naik basikal baru dia. Dapat tengok dia kayuh sendiri sikit pun dah rasa happy. Kiranya tak rugi beli sebab dia minat ^_^

Friday, 25 May 2012

Bicycle

Dah dua hari  tiga hari masuk hari ni cari basikal untuk my girl. Hari tu ada test basikal dekat Carrefour wangsa Maju. Dia suka dekat basikal sekarang nie, dulu tak minat langsung kalau suruh test pun dia kata ' no'. Alhamdulilah bila masuk tahun baru dia minat secara automatik, mommy pun tak suka paksa-paksa. Memang dah niat nak belikan dia basikal tahun nie sempena birthday kan so menjadi la tahun nie :D

Last year dia dapat electric car so tahun nie kena mengayuh pulak he he. semalam dalam pukul 9 malam pergi dekat KLCC sempat jugak beli Auntie Annes pretzel sebelum naik level 2 ke Toy r us.

price:RM189.90
Barbie 10" barbie bike

Barbie bike nie comel tapi paddle dekat depan, my girl kaki dia belum sampai sangat, yang dia boleh naik pun yang paddle dekat tengah. Ada tinggi sangat ,kalau ada yang sesuai pun tak de stock tinggal display stock je.
So hari nie ingat nak sambung misi mencari tadi tengok balik dekat sini TOY R US MALAYSIA tak banyak sangat design untuk girls,semua yang saya dah tengok semalam. Nampaknya mommy kena pergi tengok kedai uncle tempat mommy kecik-kecik dulu beli basikal ^_^.

Monday, 21 May 2012

Kit Kat

*extra fox* Tadi singgah kat shell dekat area istana budaya. Nak tukar diaper dengan isi minyak. My girl pulak tarik saya suruh masuk kedai kat shell tu. Mommy tau dia nak apa. Tu yang kat atas nie. Tak leh pisah. Blame my grandma yang ajar o_O. Sebab haru nie pergi rumah grandma takde sebab stok dalam fridge habis. Grandma beli memang untuk my girl. Jadi habit pulak. Oh thats bad!

still stuck dalam jem kat depan bangunan tabung haji :p

Ragam Anak

SELAMAT PAGI! ^_^

pagi nie tengok ... tak boleh bukak T_T

nak buat TAG tak dapek la den nak buek pagi nie..sebab link dekat FIBOX saya.. tunggu dia OK balik..

Semalam sempat Jugak cuci mata dekat The Curve Damansara.Kebetulan ada Honda Car show kat depan Famous Amous,sempat tengok Honda Stream je. Then terus masuk IKEA. Sekejap je..masa kat main entrance kat tingkat 1 tu sambil tengok set katil, my girl sibuk nak duduk atas tu ,bagi jelah.
Then bila saya sibuk tengah tengok meja makan, daddy dia angkat my girl terus merajuk, menangis pastu berenti kejap je, lepas tu sambung balik nangis.. ok semalam memang pecah record hidup sebab tak pernah tengok dia menangis sepanjang perjalanan dari atas sampai lah ke tempat parking! 
mommy dia takut dia sakit ke apa ke?
Actually masa first dia menangis tu dia merajuk dengan Daddy dia sebab tak bagi duduk lama kat katil tu, lepas tu dia tengok kitaorang jalan tinggalkan IKEA yang memang favourite place dia. Lepas tu dia menagis lagi sebab dia tengok dah sampai Car park -maknanya dia tau nak kena balik... bila masuk kereta lagilah menangis nasib baik dapat pujuk dia.. is Bad biarkan anak menangis dalam jangka masa yang lama.. remember mom!.. 

Lepas tu menghala ke Selayang sebab teringat ada satu kedai perabut nie, pernah lalu je.So semalam dapat jugak pergi masuk dan tengok barang. Then ingat nak sambung kedai dekat area Tesco Extra Selayang tu, tak jadi sebab semua rasa penat. Balik rumah awal then terserempak kawan kami dekat parking, dia pun baru balik jugak :)


Sunday, 20 May 2012

GELAK GELAK

Alhamdulilah selesai jugak membalas pantun  komen dan berblog walking dengan jayanya...dan jenguk entry lucky draw..hebat!...
My girl dah tak demam, syukur alhamdulilah, kira sekejap jelah..pagi tadi start petang tadi dah turun :)
walaupun hati happy sebab Hafiz menang mania, walaupun tak sangkut paut sedara mara pun menang 500k bagilah iphone sebijik ke kat saya  kerja rumah dah settle, jap lagi nak jenguk Cik B.. owh ada yang tak kenal.. Cik B adalah Rabbit kesayangan saya :) then baru tidurkan my girl yang tak nak tido lagi walaupun jam dah pukul 12 tengah malam.

Tadi masa blog walking baca kat sini rasa nak tergolek je baca..HA HA HA HA.. cukuplah anak saya tergolek dari katil ke bawah sebab gelak sakan tengok Elmo dekat Youtube. Owh dia memang peminat elmo sampai dekat rumah nie ada Elmo seekor :D..

Oklah nak kena tidur awal esok nak kena bangun pukul 4 pagi! kurang dari 4 jam untuk Tido :P

Friday, 18 May 2012

Fun Fun

Petang semalam sempat bawak my girl ke Jusco Au2 spendtime dekat playland. Sambil dia sibuk main mommy sibuk chat thru phone. Then terkejut sekejap sebab dia main rocking horse dengan kereta tu. Before this dia tak suka main benda tu.
Tukar angin kot sebab nak masuk 2 tahun. :)