Showing posts with label pet. Show all posts
Showing posts with label pet. Show all posts

Friday, 10 August 2012

Toilet Train Day 1

Abaikan alas surat khabar tu ha ha. Boleh pulak lupa cik b punya litter dah habis :p

tengok dah basah, cik b lepas siap je terus lompat masuk. Maknanya dia tahu spot dia. Mula mula kena letak bekas makanan sebab selalunya dia makan sambil 'membuang' . Arnab actually binatang yang pembersih. Dia akan membuang kat satu tempat je. Tapi nak kena pantau jugak sebab kecik kecik tak sempat nak ajar.
semalam beli 2kgs pallet untuk cik b. Harga untuk 2kgs nie baru rm6! Yup murah sangat selalu saya beli rm 20++ dekat petshop so semalam pergi kedai uncle dekat kawasan family house memang worth it. Cuma jauh sikit, petshop dekat dengan rumah, takpelah atleast boleh collect point he he.

Actually pernah bagi pallet lain yang ada mix fruit masa dia kecik, tapi vet suruh tukar yang biasa sebab dia kena cirit birit! Sangat bahaya sebab boleh bawa maut. Rabbit cirit birit bukan cair, still bulat tapi 'poo' dia basah. Normal poo mesti macam koko krunch tu bulat dan kering :) senang nak bersihkan kan?

Toilet Train?

Hari nie rasa lembik sangat. Tak taulah kenapa.mungkin kepenatan hari hari busy lepas atau tak sahur pagi tadi. Actually bangun pukul 4 tapi tido balik lepas bagitau my husband tak nak sahur hah!.

sekarang tengah menghadap cik b. Ingat nak start toilet train. My girl pun tak sempat nak toilet train semua sebab busy and jarang ada rumah. How?Cik b dah full grown kiranya dia dah lepas tahap baby

haritu ada baca kalau kita mandulkan arnab senang sikit nak train and jaga. Well i admit sebab i ada 3 ekor kucing yang di mandulkan.one of it is mine name cik L. Cik L nie dah di mandulkan masa saya adopt dia. Sangat sayang dekat dia tapi terpaksa hantar dia kat family house due to my hectic schadule. Cik b kadang kadang saya bawak, sebab senang nak jaga.

sekarang pun sibuk pack barang dalam rumah untuk move out to new place. Moving memang memenatkan kalau ikotkan nak upah je orang moving tu yang buat semua kerja packing tapi malas lah, rasa tak privacy pulak orang tengok barang kita kan? :). Anyway dah 50% packing. Yang lain barang besar and daily use items yang boleh masuk terus bila nak moving. Tommorow nak send out few boxes to family house. Barang yang rasanya dah tak di perlukan tapi nak buang sayang sangat :p.

my office pun dah separuh siap. Cuma nak masuk stock je. What a relieve :). Actually banyak planning kena tukar due to my hectic and time management, memang stress sekejap.

Sunday, 22 July 2012

Pine Cat Litter

Weeks ago masa masa sibuk kemas rumah ternampak pine cat litter. Masa my cat cik L duduk dengan saya dia guna yang tu, sekarang my father yang jaga.

google photo

so i decided bagi dekat my grandma for her persian cat. Yang kelakarnya dia kata dia lupa yang benda tu cat litter, sebab pallet tu nampak macam cat food, so.dia.pun masukkan dalam bowl. Bila dia tengok kenapa tak luak? Kesian her cat ha ha. Nasib baik dia tukar cepat kalau tak kebulurlah dia he he.

Benda nie berkesan kurangkan odor cat poo dalam litter box. Tapi kalau orang yang tak suka bau kayu,memang tak galakkan beli. :)

Friday, 1 June 2012

TRAVELOG : DESARU JOHOR

Sambungan Episode Perjalanan kami bermula pada pukul 10 pagi dari rumah ke family house untuk hantar Cik B dan terus ke ofis husband. Selesai urusan, terus menuju ke Tol Sungai Besi. Bermulalah perjalanan kami menuju ke Negeri Johor.

Jalan di Plus highway mula sesak ke arah seremban, perjalanan di teruskan dan alhamdulilah jalan kelihatan lancar selepas itu. Sepanjang perjalanan kami berhenti 3 kali di perhentian R&R Plus untuk rehat kan diri dan kereta.

Kami tiba di Desaru lebih kurang pukul 4.00 petang, kami datang tanpa sebarang tempahan hotel. Kami selalu travel dengan cara begini. Walk in untuk mencari hotel, tapi kena make sure ada list hotel yang berdekatan. Sebab hotel biasanya akan full masa cuti sekolah. Tapi desaru masa nie kurang menarik sebab mereka buat renovation untuk beberapa buah hotel tepi laut. Lepas 3 buah hotel fully book, kami teruskan mencari dan akhirnya pukul 4.30 petang tiba di Pelangi Balau beach Resort. Petang tu hujan mula turun, renyai. Husband yang masuk untuk check in. Husband kata kita bernasib baik sebab ada tinggal satu bilik satandard, tapi lagi lucky bila ada deluxe room kosong sebab ada orang check out masa tu.

 view dari balcony bilik

view dari main entrance bilik

Petang tu kami ke Bandar Penawar dan berhenti Dinner dekat Restoran Najwa Taman Desaru Utama. Satay dekat sini sedap. Mula-mula order 10 cucuk satay ayam lepas tu bungkus lagi 30 cucuk, sampai abang yang jual satay pun tanya.

Keesokan pagi, bangun awal untuk breakfast dekat resort sebab dah termasuk dalam pakej bilik.

view dari tempat makan

Lepas makan, husband bawa my girl swimming tapi tak pergi pun melawat laut kat sebelah. Kami Check Out awal sejam, sebab nak mulakan perjalanan awal sempat juga Lunch dekat Medan Selera berhadapan dengan resort. Kemudian terus ke DESARU FRUIT FARM.


Kami tak jadi turun, why? bila tengok tiket masuk RM20 per adult dan RM15 for Children dengan fruit cuts. My girl kena kira jugak sebab 2 tahun ke atas, dan total will be RM 55. So bila tengok my girl dah tidur, saya beritahu husband takpelah kita beli buah dekat tepi jalan rasanya boleh dapat macam-macam..he he. Anyway kalau kawan-kawan nak singgah kat sini, silakan menarik jugak tempat nie,macam-macam jenis buah boleh tengok, tambah lagi boleh kenal rupa pokok yang selalunya kita tau makan buah je.

perjalanan di teruskan





akhirnya sampai di Desaru Ostrich Farm

sampai sini mestilah tengok Ostrich, he he tapi ada juga ayam, burung kasawari dan baboon .


yang nie nak test kekerasan telur ostrich .. memang keras sebab kalau nak pecahkan kena pakai drill ..




cengkerang boleh recycle buat craft item seperti lamp shade


kulit ostrich yang bernilai ribuan ringgit bila dah jadi bag dan barangan kulit


 jadi ubatan
 tulang dada ostrich
 tulang dada yang menempatkan jantung dan hati burung unta 

saya beli sayur nie RM2 kat situ untuk feeding, mula-mula tu risau, takut kena cubit nanti..he he tapi best pulak tengok mereka makan.


sempat juga test rasa kaya dari telur osctrich dan beli cenderahati dekat situ.


Jam pun dah menunjukkan pukul 3 petang, tidak dapat nak pusing dekat Desaru lagi teruskan perjalanan ke JOHOR BAHARU.