Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Saturday, 21 July 2012

Lampu PHILIPS untuk Kanak-kanak

harga pun berpatutan dan design menarik yang sesuai untuk nursery room dan kanak-kanak!

Saya suka lampu yang bergayq memanjat kat sebelah kiri tu,unik je rasanya sesuai untuk aktive boy. Flowery design pun adoreable untuk girl :)

Monday, 4 June 2012

JOM PLANNING

Now tengah sibuk guna Kitchen Planner dekat website  IKEA .  baru balik dari IKEA tadi. Ambil photos and measurement and design idea kat sana. Hari tu pun ada tengok barang dekat kedai furniture, kebetulan mereka tengah buat sale sampai akhir bulan nie, worth it jugak kalau beli dekat situ.

Itu yang pergi ikea hari nie, nak buat perbandingan dari segi harga,design dan kualiti. Semua nie nak kena titik beratkan, kalau murah sangat kualiti rendah tapi ada yang mahal kualiti rendah jugak. itu yang kena datang pastikan.. tengok dan rasa permukaan dia , itu nikmat pergi window shopping he he he.

 Petang tadi dah amik measurement , so senang nak buat arrangement kejap lagi sebelum tidur. Banyak kerja yang tertunggak actually dari kerja kemas rumah, ofis and homeschooling, Tadi dekat ikea pun berdua with my husband, my girl? tinggal dekat family house. Masa jalan-jalan me and husband tiba-tiba serentak cakap " missed our girl" ha ha funny sebab baru tinggalkan dia 2 hours :P. Grandma pun dah pesan suruh tinggalkan dia sampai dia tegur sebab dah lama tak tinggalkan dia dengan granny,: ke mana je mesti bawak"..oh grandma nie " :)." Ok jugak mommy and daddy dapat date hari nie ^^.

Friday, 1 June 2012

Di sabotaj oleh Handphone

Sementara menunggu husband bersiap, nak cerita sikit insiden yang berlaku
cuba tengok gambar nie
dari lima biji phone satu je yang berfungsi NOKIA sebab dia terselamat dari kejadian 'banjir'
Galaxy Tab saya yang mula-mula kena tragedi buah apple..ha ha baca kat sini 

sebelah Nokia tu Samsung Corby2 ..tengok screen pun dah tau dia mangsa yang paling teruk, Sony Ericsson X8 dengan Samsung E1080F.. 3 phone nie mangsa banjir air soya..ha ha.. handphone nie semua berendam dalam air soya yang tertumpah dalam handbag saya akibat botol susu my girl yang punting dia dah koyak.

so selama seminggu nie semua orang tak boleh call saya. Memang Gila, saya pulak saja tak nak beli handphone baru. Takut handphone baru kena jugak :P

Tapikan dah dua hari Galaxy S3 dah keluar saya tak pergi pre order atau jejak kaki kat kedai handphone lagi.






Lepas Hari nie Galaxy mini 2 keluar pulak. Ingat tak handphone pinjam  Galaxy Mini yang saya pakai sementara..sekarang ada no 2 pulak





so tengah fikir lagi nie Sebab berkenan dekat HTC one x. Tapi tokey kedai handphone kata handphone Htc selalu problem.

So agaknya dapat tak ganti handphone kat atas nie 4 buah.

  • Samsung S3
  • Samsung Note
  • HTC one X
  • Samsung Galaxy mini
macam melampau lah pulak kan kalau beli empat2 nie... oklah nak check balance saving account dulu..ha ha :P

TRAVELOG: JOHOR BAHARU ,JOHOR



Perjalanan dari desaru melalui Senai Desaru Expressway laluan yang sama kami datang ke desaru. Perjalanan memakan masa sejam empat puluh lima minit menuju ke Taman Melodies, Johor Baharu.

Kami ke sini dahulu untuk makan di restoran yang famous dekat JB nie. Niat nak jumpa owner kedai nie tak kesampaian pun sebab mereka sibuk dengan urusan catering. Saya order Nasi ayam Penyet dan Nasi serai. Lepas makan sebelum balik sempat juga jumpa manager kedai dan kami teruskan perjalanan meronda bandar JB,


sempadan Singapore ..

Petang tu sempat juga singgah Danga Bay dan melepak tepi laut berhampiran The Zon. Makan Tauhu Bakar. Memang benda wajib rasa bila sampai dekat sini. Kemudian baru masuk dekat The Zon cari barang dekat situ. Ingat nak borong chocolate dekat sini sebab duty free. Tapi tahan juga diri sebab my girl chocolate addict macam mommy dia. Masa lalu pun dia tengok-tengok, tapi tak minta pula. 

Keluar dari The Zon cari Hotel sebab tengok jam dah pukul 9 malam. Mula-mula cari dekat kawasan berdekatan,ingat nak amik dekat The zon regency tapi dekat sangat dengan tempat shopping tak best pulak. So jalan-jalan lagi cari,cantik-cantik pula hotel dekat tepi laut nie. Tapi akhirnya saya cari jauh sikit sebab banyak hotel full ada bilik pun biasa je.


Seri Malaysia Johor Baharu jadi tempat kami berehat kali nie. Berehat, my husband keluar pergi beli makanan, saya tak ikut sebab nak berehat lagi pun nak suruh my girl resting juga. Bertiga makan lewat malam, tengok Movie .

Keesokannya bangun breakfast dekat Tanjung puteri Cafe dekat main entrance hotel. Lepas check out kami teruskan perjalanan ke  Tanjung Leman.

TRAVELOG : DESARU JOHOR

Sambungan Episode Perjalanan kami bermula pada pukul 10 pagi dari rumah ke family house untuk hantar Cik B dan terus ke ofis husband. Selesai urusan, terus menuju ke Tol Sungai Besi. Bermulalah perjalanan kami menuju ke Negeri Johor.

Jalan di Plus highway mula sesak ke arah seremban, perjalanan di teruskan dan alhamdulilah jalan kelihatan lancar selepas itu. Sepanjang perjalanan kami berhenti 3 kali di perhentian R&R Plus untuk rehat kan diri dan kereta.

Kami tiba di Desaru lebih kurang pukul 4.00 petang, kami datang tanpa sebarang tempahan hotel. Kami selalu travel dengan cara begini. Walk in untuk mencari hotel, tapi kena make sure ada list hotel yang berdekatan. Sebab hotel biasanya akan full masa cuti sekolah. Tapi desaru masa nie kurang menarik sebab mereka buat renovation untuk beberapa buah hotel tepi laut. Lepas 3 buah hotel fully book, kami teruskan mencari dan akhirnya pukul 4.30 petang tiba di Pelangi Balau beach Resort. Petang tu hujan mula turun, renyai. Husband yang masuk untuk check in. Husband kata kita bernasib baik sebab ada tinggal satu bilik satandard, tapi lagi lucky bila ada deluxe room kosong sebab ada orang check out masa tu.

 view dari balcony bilik

view dari main entrance bilik

Petang tu kami ke Bandar Penawar dan berhenti Dinner dekat Restoran Najwa Taman Desaru Utama. Satay dekat sini sedap. Mula-mula order 10 cucuk satay ayam lepas tu bungkus lagi 30 cucuk, sampai abang yang jual satay pun tanya.

Keesokan pagi, bangun awal untuk breakfast dekat resort sebab dah termasuk dalam pakej bilik.

view dari tempat makan

Lepas makan, husband bawa my girl swimming tapi tak pergi pun melawat laut kat sebelah. Kami Check Out awal sejam, sebab nak mulakan perjalanan awal sempat juga Lunch dekat Medan Selera berhadapan dengan resort. Kemudian terus ke DESARU FRUIT FARM.


Kami tak jadi turun, why? bila tengok tiket masuk RM20 per adult dan RM15 for Children dengan fruit cuts. My girl kena kira jugak sebab 2 tahun ke atas, dan total will be RM 55. So bila tengok my girl dah tidur, saya beritahu husband takpelah kita beli buah dekat tepi jalan rasanya boleh dapat macam-macam..he he. Anyway kalau kawan-kawan nak singgah kat sini, silakan menarik jugak tempat nie,macam-macam jenis buah boleh tengok, tambah lagi boleh kenal rupa pokok yang selalunya kita tau makan buah je.

perjalanan di teruskan





akhirnya sampai di Desaru Ostrich Farm

sampai sini mestilah tengok Ostrich, he he tapi ada juga ayam, burung kasawari dan baboon .


yang nie nak test kekerasan telur ostrich .. memang keras sebab kalau nak pecahkan kena pakai drill ..




cengkerang boleh recycle buat craft item seperti lamp shade


kulit ostrich yang bernilai ribuan ringgit bila dah jadi bag dan barangan kulit


 jadi ubatan
 tulang dada ostrich
 tulang dada yang menempatkan jantung dan hati burung unta 

saya beli sayur nie RM2 kat situ untuk feeding, mula-mula tu risau, takut kena cubit nanti..he he tapi best pulak tengok mereka makan.


sempat juga test rasa kaya dari telur osctrich dan beli cenderahati dekat situ.


Jam pun dah menunjukkan pukul 3 petang, tidak dapat nak pusing dekat Desaru lagi teruskan perjalanan ke JOHOR BAHARU.


Kayuh kayuh

Jumaat lepas sebelum solat Jumaat sempat kidnap my husband dari ofis dia :). Pergi cari basikal,

yang penting kaki sampai kat paddle, tangan sampai kat handle :D

Masa mula test kaki dia kurang sampai sikit je kat paddle, so uncle kedai basikal tu bagi adjust kerusi dia. Then :) ok dah. basikal nie tak lah se-comel barbie bike tu tapi atleast boleh naik. cuma saya kurang berkenan sikit dekat tayar dia nampak kurang safety..biasalah tayar 'mati' kata orang tua tua. Ada jugak tanya uncle tu, dia kata boleh tukar tapi biar pakai dulu tayar asal. 
Takpelah belajar sampai pandai dulu, later dah ok boleh upgrade BMX ke he he. Lagi pun saya dapat bike nie under RM 100 ! jimat tak?  sangat jimat sebab mommy budget untuk basikal Rm 250 maknanya ada balance Rm 150 :D

Petang tu lepas daddy dia balik keje, ajar dia kejap sebab my girl sibuk nak naik basikal baru dia. Dapat tengok dia kayuh sendiri sikit pun dah rasa happy. Kiranya tak rugi beli sebab dia minat ^_^

Friday, 25 May 2012

Bicycle

Dah dua hari  tiga hari masuk hari ni cari basikal untuk my girl. Hari tu ada test basikal dekat Carrefour wangsa Maju. Dia suka dekat basikal sekarang nie, dulu tak minat langsung kalau suruh test pun dia kata ' no'. Alhamdulilah bila masuk tahun baru dia minat secara automatik, mommy pun tak suka paksa-paksa. Memang dah niat nak belikan dia basikal tahun nie sempena birthday kan so menjadi la tahun nie :D

Last year dia dapat electric car so tahun nie kena mengayuh pulak he he. semalam dalam pukul 9 malam pergi dekat KLCC sempat jugak beli Auntie Annes pretzel sebelum naik level 2 ke Toy r us.

price:RM189.90
Barbie 10" barbie bike

Barbie bike nie comel tapi paddle dekat depan, my girl kaki dia belum sampai sangat, yang dia boleh naik pun yang paddle dekat tengah. Ada tinggi sangat ,kalau ada yang sesuai pun tak de stock tinggal display stock je.
So hari nie ingat nak sambung misi mencari tadi tengok balik dekat sini TOY R US MALAYSIA tak banyak sangat design untuk girls,semua yang saya dah tengok semalam. Nampaknya mommy kena pergi tengok kedai uncle tempat mommy kecik-kecik dulu beli basikal ^_^.

Monday, 21 May 2012

Ragam Anak

SELAMAT PAGI! ^_^

pagi nie tengok ... tak boleh bukak T_T

nak buat TAG tak dapek la den nak buek pagi nie..sebab link dekat FIBOX saya.. tunggu dia OK balik..

Semalam sempat Jugak cuci mata dekat The Curve Damansara.Kebetulan ada Honda Car show kat depan Famous Amous,sempat tengok Honda Stream je. Then terus masuk IKEA. Sekejap je..masa kat main entrance kat tingkat 1 tu sambil tengok set katil, my girl sibuk nak duduk atas tu ,bagi jelah.
Then bila saya sibuk tengah tengok meja makan, daddy dia angkat my girl terus merajuk, menangis pastu berenti kejap je, lepas tu sambung balik nangis.. ok semalam memang pecah record hidup sebab tak pernah tengok dia menangis sepanjang perjalanan dari atas sampai lah ke tempat parking! 
mommy dia takut dia sakit ke apa ke?
Actually masa first dia menangis tu dia merajuk dengan Daddy dia sebab tak bagi duduk lama kat katil tu, lepas tu dia tengok kitaorang jalan tinggalkan IKEA yang memang favourite place dia. Lepas tu dia menagis lagi sebab dia tengok dah sampai Car park -maknanya dia tau nak kena balik... bila masuk kereta lagilah menangis nasib baik dapat pujuk dia.. is Bad biarkan anak menangis dalam jangka masa yang lama.. remember mom!.. 

Lepas tu menghala ke Selayang sebab teringat ada satu kedai perabut nie, pernah lalu je.So semalam dapat jugak pergi masuk dan tengok barang. Then ingat nak sambung kedai dekat area Tesco Extra Selayang tu, tak jadi sebab semua rasa penat. Balik rumah awal then terserempak kawan kami dekat parking, dia pun baru balik jugak :)


Sunday, 20 May 2012

Cuci Mata Cuci Duit

Tadi pergi tengok motor, husband ingat nak beli Lc es tapi bila dah tengok motor lain rambang mata pulak.
cari motor yang senang pergi kerja. Lepas tu pergi showroom volkswagen. Sangat excited dengan promotion rate!
Mereka ada hidangkan refresment untuk tetamu tapi kami tak join pun :) My girl dapat candy dengan balloon.
Owh kebetulan pulak kaler favourite :)
Again abaikan yang kanan tu :)

Saturday, 19 May 2012

Bola Bola


Petang tadi sempat jugak ke sini.
Then jusco au2 jem pulak.maybe sebab pasar malam dekat sebelah. Tapi nasib baik dapat parking cepat.
Dinner dulu sambil tengok SIme Darby dengan kelantan. Patut la dari pagi saya jumpa kereta dengan bendera kelantan.

Friday, 18 May 2012

Cari Gazebo

Hari rabu lalu lepas bawak my grandma pergi tukar kad atm dekat bank dengan tailor terus tanya dia nak pergi ikea.
Jam pukul 3 sedang elok je. Nak elak jem kan. Sebab dia asyik tanya tu yang bawak dia pergi tengok mana tau berkenan.
So dah survey dan dia berkenan nanti kena ukur tempat dulu then baru boleh amik :)

Fun Fun

Petang semalam sempat bawak my girl ke Jusco Au2 spendtime dekat playland. Sambil dia sibuk main mommy sibuk chat thru phone. Then terkejut sekejap sebab dia main rocking horse dengan kereta tu. Before this dia tak suka main benda tu.
Tukar angin kot sebab nak masuk 2 tahun. :)

Monday, 14 May 2012

Sushi Sushi

Finally dah dapat my sushi,beli sushi dengan peach tea.
I bought 3 pack of sushi sets and 2 can of peach tea. Ingat nak duduk makan but rindu pulak bila berdua he he. Then bawak my girl pergi playground kejap pastu terus pergi ofis husband.
dah sampai baru call husband. Surprise! He he. Buat buat nak bagi file konon tertinggal,tak urgent pun. padahal bagi sushi he he. My husband selalunya tak bagi datang takut penat. Anyway dah lalu singgah jelah kan.