Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Friday, 15 June 2012

MONSTER BURGER!

Ahad lalu akhirnya kami tiba di USj 2 Subang Selangor. Kami makan di Restoran Sri Anggerik. Ada salah seorang pekerja di situ  promote Monster burger nie dekat husband. Memang tepatlah sebab kami nie memang minat burger..he he.

Burger nie kalau tak silap daging dia 100 gram berat. Kami makan berdua memang tak larat nak habiskan.

Mee hailam nie pun sedap

dim sum

Chicken Wings

husband sempat sign..thanks dekat salah seorang pekerja dekat situ yang volunteer nak ambilkan gambar..he he saya tengah sedap layan Chicken Wings masa tu :D
Tempat Nie memang happening.. seronok!

Sebelum balik kami sempat ke i-city Shah Alam yang ambil masa 30 minit dari situ.


Kami hanya bayar tiket masuk dan meronda dengan kereta saja sebab grandma tak larat nak jalan sebab penat. Tak kisah, saja bawak dia ke sini nak tunjuk I-city dekat dia, kalau tak asyik tanya je .

Saturday, 2 June 2012

TRAVELOG : TANJUNG LEMAN, JOHOR

Our journey continue to Tanjung Leman



jalan sempit akibat kerja penurapan jalan

jalan berbatu kerikir

akhirnya nampak signboard 

ladang kelapa sawit
melalui kawasan Felda

Hampir sampai 

Kami tiba di Jeti Tanjung Leman, tapi sangat duka cita sebab Pulau Sibu adalah Private island, maknanya kena book hotel package baru boleh naik bot. Katanya kalau bot saja dah Rm 300. Package honeymoon bermula Rm 1200 per couple. Kami tidak ambil pun package yang di sediakan sebab plan kami untuk satu malam sahaja. Minimum booking 3hari 2 malam. Di sebabkan masa kami limited tak boleh nak extend cuti sebab hari rabu my husband ada exam. Maka angkat kaki lah kami bertiga, tak singgah pun melepak dekat pantai Tanjung leman bersebelahan Jeti, di kawasan sama ada juga pengginapan iaitu Felda residency. 
Kami teruskan perjalanan lagi menuju ke Mersing secepat mungkin sebab jam menunjukkan hampir 3 petang.

Next Pulau Tioman!

Friday, 1 June 2012

TRAVELOG: JOHOR BAHARU ,JOHOR



Perjalanan dari desaru melalui Senai Desaru Expressway laluan yang sama kami datang ke desaru. Perjalanan memakan masa sejam empat puluh lima minit menuju ke Taman Melodies, Johor Baharu.

Kami ke sini dahulu untuk makan di restoran yang famous dekat JB nie. Niat nak jumpa owner kedai nie tak kesampaian pun sebab mereka sibuk dengan urusan catering. Saya order Nasi ayam Penyet dan Nasi serai. Lepas makan sebelum balik sempat juga jumpa manager kedai dan kami teruskan perjalanan meronda bandar JB,


sempadan Singapore ..

Petang tu sempat juga singgah Danga Bay dan melepak tepi laut berhampiran The Zon. Makan Tauhu Bakar. Memang benda wajib rasa bila sampai dekat sini. Kemudian baru masuk dekat The Zon cari barang dekat situ. Ingat nak borong chocolate dekat sini sebab duty free. Tapi tahan juga diri sebab my girl chocolate addict macam mommy dia. Masa lalu pun dia tengok-tengok, tapi tak minta pula. 

Keluar dari The Zon cari Hotel sebab tengok jam dah pukul 9 malam. Mula-mula cari dekat kawasan berdekatan,ingat nak amik dekat The zon regency tapi dekat sangat dengan tempat shopping tak best pulak. So jalan-jalan lagi cari,cantik-cantik pula hotel dekat tepi laut nie. Tapi akhirnya saya cari jauh sikit sebab banyak hotel full ada bilik pun biasa je.


Seri Malaysia Johor Baharu jadi tempat kami berehat kali nie. Berehat, my husband keluar pergi beli makanan, saya tak ikut sebab nak berehat lagi pun nak suruh my girl resting juga. Bertiga makan lewat malam, tengok Movie .

Keesokannya bangun breakfast dekat Tanjung puteri Cafe dekat main entrance hotel. Lepas check out kami teruskan perjalanan ke  Tanjung Leman.

TRAVELOG : DESARU JOHOR

Sambungan Episode Perjalanan kami bermula pada pukul 10 pagi dari rumah ke family house untuk hantar Cik B dan terus ke ofis husband. Selesai urusan, terus menuju ke Tol Sungai Besi. Bermulalah perjalanan kami menuju ke Negeri Johor.

Jalan di Plus highway mula sesak ke arah seremban, perjalanan di teruskan dan alhamdulilah jalan kelihatan lancar selepas itu. Sepanjang perjalanan kami berhenti 3 kali di perhentian R&R Plus untuk rehat kan diri dan kereta.

Kami tiba di Desaru lebih kurang pukul 4.00 petang, kami datang tanpa sebarang tempahan hotel. Kami selalu travel dengan cara begini. Walk in untuk mencari hotel, tapi kena make sure ada list hotel yang berdekatan. Sebab hotel biasanya akan full masa cuti sekolah. Tapi desaru masa nie kurang menarik sebab mereka buat renovation untuk beberapa buah hotel tepi laut. Lepas 3 buah hotel fully book, kami teruskan mencari dan akhirnya pukul 4.30 petang tiba di Pelangi Balau beach Resort. Petang tu hujan mula turun, renyai. Husband yang masuk untuk check in. Husband kata kita bernasib baik sebab ada tinggal satu bilik satandard, tapi lagi lucky bila ada deluxe room kosong sebab ada orang check out masa tu.

 view dari balcony bilik

view dari main entrance bilik

Petang tu kami ke Bandar Penawar dan berhenti Dinner dekat Restoran Najwa Taman Desaru Utama. Satay dekat sini sedap. Mula-mula order 10 cucuk satay ayam lepas tu bungkus lagi 30 cucuk, sampai abang yang jual satay pun tanya.

Keesokan pagi, bangun awal untuk breakfast dekat resort sebab dah termasuk dalam pakej bilik.

view dari tempat makan

Lepas makan, husband bawa my girl swimming tapi tak pergi pun melawat laut kat sebelah. Kami Check Out awal sejam, sebab nak mulakan perjalanan awal sempat juga Lunch dekat Medan Selera berhadapan dengan resort. Kemudian terus ke DESARU FRUIT FARM.


Kami tak jadi turun, why? bila tengok tiket masuk RM20 per adult dan RM15 for Children dengan fruit cuts. My girl kena kira jugak sebab 2 tahun ke atas, dan total will be RM 55. So bila tengok my girl dah tidur, saya beritahu husband takpelah kita beli buah dekat tepi jalan rasanya boleh dapat macam-macam..he he. Anyway kalau kawan-kawan nak singgah kat sini, silakan menarik jugak tempat nie,macam-macam jenis buah boleh tengok, tambah lagi boleh kenal rupa pokok yang selalunya kita tau makan buah je.

perjalanan di teruskan





akhirnya sampai di Desaru Ostrich Farm

sampai sini mestilah tengok Ostrich, he he tapi ada juga ayam, burung kasawari dan baboon .


yang nie nak test kekerasan telur ostrich .. memang keras sebab kalau nak pecahkan kena pakai drill ..




cengkerang boleh recycle buat craft item seperti lamp shade


kulit ostrich yang bernilai ribuan ringgit bila dah jadi bag dan barangan kulit


 jadi ubatan
 tulang dada ostrich
 tulang dada yang menempatkan jantung dan hati burung unta 

saya beli sayur nie RM2 kat situ untuk feeding, mula-mula tu risau, takut kena cubit nanti..he he tapi best pulak tengok mereka makan.


sempat juga test rasa kaya dari telur osctrich dan beli cenderahati dekat situ.


Jam pun dah menunjukkan pukul 3 petang, tidak dapat nak pusing dekat Desaru lagi teruskan perjalanan ke JOHOR BAHARU.


Saturday, 26 May 2012

5 hours driving

Alhamdulilah selamat sampai juga ke destinasi setelah hampir 5 jam perjalanan menempuh jalan sesak, hujan panas. Walaupun banyak yang dah fully book akhirnya dapat juga kunci :D.

tadi baru lepas makan,dan sekarang masa nak berehat . Nanti saya akan umum kan keputusan lucky draw.


^_^v