Friday, 1 June 2012

Di sabotaj oleh Handphone

Sementara menunggu husband bersiap, nak cerita sikit insiden yang berlaku
cuba tengok gambar nie
dari lima biji phone satu je yang berfungsi NOKIA sebab dia terselamat dari kejadian 'banjir'
Galaxy Tab saya yang mula-mula kena tragedi buah apple..ha ha baca kat sini 

sebelah Nokia tu Samsung Corby2 ..tengok screen pun dah tau dia mangsa yang paling teruk, Sony Ericsson X8 dengan Samsung E1080F.. 3 phone nie mangsa banjir air soya..ha ha.. handphone nie semua berendam dalam air soya yang tertumpah dalam handbag saya akibat botol susu my girl yang punting dia dah koyak.

so selama seminggu nie semua orang tak boleh call saya. Memang Gila, saya pulak saja tak nak beli handphone baru. Takut handphone baru kena jugak :P

Tapikan dah dua hari Galaxy S3 dah keluar saya tak pergi pre order atau jejak kaki kat kedai handphone lagi.






Lepas Hari nie Galaxy mini 2 keluar pulak. Ingat tak handphone pinjam  Galaxy Mini yang saya pakai sementara..sekarang ada no 2 pulak





so tengah fikir lagi nie Sebab berkenan dekat HTC one x. Tapi tokey kedai handphone kata handphone Htc selalu problem.

So agaknya dapat tak ganti handphone kat atas nie 4 buah.

  • Samsung S3
  • Samsung Note
  • HTC one X
  • Samsung Galaxy mini
macam melampau lah pulak kan kalau beli empat2 nie... oklah nak check balance saving account dulu..ha ha :P

Bila Bosan

Ingatkan My girl je rasa bosan, rupanya mommy dia pun dah berjangkit
tadi sempat juga melayan application dalam Facebook,


saje takde keje klik sebab tengok ada orang dapat result rumah Apartment, so bila tengok saya punya.. ha ha ha gelak sajelah.. comel pe XD

Hope petang nie tak hujan sebab nak beraktiviti sikit, tunggu my husband balik :)

TRAVELOG: JOHOR BAHARU ,JOHOR



Perjalanan dari desaru melalui Senai Desaru Expressway laluan yang sama kami datang ke desaru. Perjalanan memakan masa sejam empat puluh lima minit menuju ke Taman Melodies, Johor Baharu.

Kami ke sini dahulu untuk makan di restoran yang famous dekat JB nie. Niat nak jumpa owner kedai nie tak kesampaian pun sebab mereka sibuk dengan urusan catering. Saya order Nasi ayam Penyet dan Nasi serai. Lepas makan sebelum balik sempat juga jumpa manager kedai dan kami teruskan perjalanan meronda bandar JB,


sempadan Singapore ..

Petang tu sempat juga singgah Danga Bay dan melepak tepi laut berhampiran The Zon. Makan Tauhu Bakar. Memang benda wajib rasa bila sampai dekat sini. Kemudian baru masuk dekat The Zon cari barang dekat situ. Ingat nak borong chocolate dekat sini sebab duty free. Tapi tahan juga diri sebab my girl chocolate addict macam mommy dia. Masa lalu pun dia tengok-tengok, tapi tak minta pula. 

Keluar dari The Zon cari Hotel sebab tengok jam dah pukul 9 malam. Mula-mula cari dekat kawasan berdekatan,ingat nak amik dekat The zon regency tapi dekat sangat dengan tempat shopping tak best pulak. So jalan-jalan lagi cari,cantik-cantik pula hotel dekat tepi laut nie. Tapi akhirnya saya cari jauh sikit sebab banyak hotel full ada bilik pun biasa je.


Seri Malaysia Johor Baharu jadi tempat kami berehat kali nie. Berehat, my husband keluar pergi beli makanan, saya tak ikut sebab nak berehat lagi pun nak suruh my girl resting juga. Bertiga makan lewat malam, tengok Movie .

Keesokannya bangun breakfast dekat Tanjung puteri Cafe dekat main entrance hotel. Lepas check out kami teruskan perjalanan ke  Tanjung Leman.

Bila saya kena Dera

Tolong! saya kena dera..
kena dera dengan ......

nasib baik ada Talian NUR di bawah Kementerian Pembangunan Wanita,keluarga dan masyarakat


Talian Nur boleh call guna nombor 15999

saya kena dera dengan......
My girl yang umur 2 tahun.. boleh report tak? :P
hari nie dia asyik tarik mommy ikut permintaan dia... minta tolong 'tickle' dia..suka sangat kena geletek.. sebab dia bosan sangat... daddy dia kata, dia nak adik la kot :p

AKTA KETERANGAN (PINDAAN) 2012

Tadi sempat bw singgah tenggok tajuk nie... menarikkan... 




Akta Keterangan (Pindaan) 2012 hebah diperkatakan sebelum pelaksanaannya dan hari ini penguatkuasaan akta ini sudah bermula. Maknanya, segala isi kandungan akta ini perlu diambil tahu oleh pengamal media baru iaitu mereka yang menjadikan media sosial sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat. Bila taip di google, Akta Keterangan (Pindaan) 2012 banyak pautan ditemui dan bila meneliti satu persatu banyak pendapat yang ditemui… ada yang sinis-sinis tidak bersetuju, ada yang berdiri atas pagar dan tidak kurang pula membangkang pelaksanaan Akta Keterangan Pindaan 2012 ini.

BACA LAGI DI SINI




TRAVELOG : DESARU JOHOR

Sambungan Episode Perjalanan kami bermula pada pukul 10 pagi dari rumah ke family house untuk hantar Cik B dan terus ke ofis husband. Selesai urusan, terus menuju ke Tol Sungai Besi. Bermulalah perjalanan kami menuju ke Negeri Johor.

Jalan di Plus highway mula sesak ke arah seremban, perjalanan di teruskan dan alhamdulilah jalan kelihatan lancar selepas itu. Sepanjang perjalanan kami berhenti 3 kali di perhentian R&R Plus untuk rehat kan diri dan kereta.

Kami tiba di Desaru lebih kurang pukul 4.00 petang, kami datang tanpa sebarang tempahan hotel. Kami selalu travel dengan cara begini. Walk in untuk mencari hotel, tapi kena make sure ada list hotel yang berdekatan. Sebab hotel biasanya akan full masa cuti sekolah. Tapi desaru masa nie kurang menarik sebab mereka buat renovation untuk beberapa buah hotel tepi laut. Lepas 3 buah hotel fully book, kami teruskan mencari dan akhirnya pukul 4.30 petang tiba di Pelangi Balau beach Resort. Petang tu hujan mula turun, renyai. Husband yang masuk untuk check in. Husband kata kita bernasib baik sebab ada tinggal satu bilik satandard, tapi lagi lucky bila ada deluxe room kosong sebab ada orang check out masa tu.

 view dari balcony bilik

view dari main entrance bilik

Petang tu kami ke Bandar Penawar dan berhenti Dinner dekat Restoran Najwa Taman Desaru Utama. Satay dekat sini sedap. Mula-mula order 10 cucuk satay ayam lepas tu bungkus lagi 30 cucuk, sampai abang yang jual satay pun tanya.

Keesokan pagi, bangun awal untuk breakfast dekat resort sebab dah termasuk dalam pakej bilik.

view dari tempat makan

Lepas makan, husband bawa my girl swimming tapi tak pergi pun melawat laut kat sebelah. Kami Check Out awal sejam, sebab nak mulakan perjalanan awal sempat juga Lunch dekat Medan Selera berhadapan dengan resort. Kemudian terus ke DESARU FRUIT FARM.


Kami tak jadi turun, why? bila tengok tiket masuk RM20 per adult dan RM15 for Children dengan fruit cuts. My girl kena kira jugak sebab 2 tahun ke atas, dan total will be RM 55. So bila tengok my girl dah tidur, saya beritahu husband takpelah kita beli buah dekat tepi jalan rasanya boleh dapat macam-macam..he he. Anyway kalau kawan-kawan nak singgah kat sini, silakan menarik jugak tempat nie,macam-macam jenis buah boleh tengok, tambah lagi boleh kenal rupa pokok yang selalunya kita tau makan buah je.

perjalanan di teruskan





akhirnya sampai di Desaru Ostrich Farm

sampai sini mestilah tengok Ostrich, he he tapi ada juga ayam, burung kasawari dan baboon .


yang nie nak test kekerasan telur ostrich .. memang keras sebab kalau nak pecahkan kena pakai drill ..




cengkerang boleh recycle buat craft item seperti lamp shade


kulit ostrich yang bernilai ribuan ringgit bila dah jadi bag dan barangan kulit


 jadi ubatan
 tulang dada ostrich
 tulang dada yang menempatkan jantung dan hati burung unta 

saya beli sayur nie RM2 kat situ untuk feeding, mula-mula tu risau, takut kena cubit nanti..he he tapi best pulak tengok mereka makan.


sempat juga test rasa kaya dari telur osctrich dan beli cenderahati dekat situ.


Jam pun dah menunjukkan pukul 3 petang, tidak dapat nak pusing dekat Desaru lagi teruskan perjalanan ke JOHOR BAHARU.


Kayuh kayuh

Jumaat lepas sebelum solat Jumaat sempat kidnap my husband dari ofis dia :). Pergi cari basikal,

yang penting kaki sampai kat paddle, tangan sampai kat handle :D

Masa mula test kaki dia kurang sampai sikit je kat paddle, so uncle kedai basikal tu bagi adjust kerusi dia. Then :) ok dah. basikal nie tak lah se-comel barbie bike tu tapi atleast boleh naik. cuma saya kurang berkenan sikit dekat tayar dia nampak kurang safety..biasalah tayar 'mati' kata orang tua tua. Ada jugak tanya uncle tu, dia kata boleh tukar tapi biar pakai dulu tayar asal. 
Takpelah belajar sampai pandai dulu, later dah ok boleh upgrade BMX ke he he. Lagi pun saya dapat bike nie under RM 100 ! jimat tak?  sangat jimat sebab mommy budget untuk basikal Rm 250 maknanya ada balance Rm 150 :D

Petang tu lepas daddy dia balik keje, ajar dia kejap sebab my girl sibuk nak naik basikal baru dia. Dapat tengok dia kayuh sendiri sikit pun dah rasa happy. Kiranya tak rugi beli sebab dia minat ^_^