Friday, 1 June 2012

Kayuh kayuh

Jumaat lepas sebelum solat Jumaat sempat kidnap my husband dari ofis dia :). Pergi cari basikal,

yang penting kaki sampai kat paddle, tangan sampai kat handle :D

Masa mula test kaki dia kurang sampai sikit je kat paddle, so uncle kedai basikal tu bagi adjust kerusi dia. Then :) ok dah. basikal nie tak lah se-comel barbie bike tu tapi atleast boleh naik. cuma saya kurang berkenan sikit dekat tayar dia nampak kurang safety..biasalah tayar 'mati' kata orang tua tua. Ada jugak tanya uncle tu, dia kata boleh tukar tapi biar pakai dulu tayar asal. 
Takpelah belajar sampai pandai dulu, later dah ok boleh upgrade BMX ke he he. Lagi pun saya dapat bike nie under RM 100 ! jimat tak?  sangat jimat sebab mommy budget untuk basikal Rm 250 maknanya ada balance Rm 150 :D

Petang tu lepas daddy dia balik keje, ajar dia kejap sebab my girl sibuk nak naik basikal baru dia. Dapat tengok dia kayuh sendiri sikit pun dah rasa happy. Kiranya tak rugi beli sebab dia minat ^_^

Thursday, 31 May 2012

back again

Assalammualaikum semua :D

Baru sampai rumah bukak my lappy terus send email kat pemenang lucky draw hari tu.. memang lambat sangat, baru nak bagi dekat CIk Lynn. sorry, sebab out of town, limited,rushing, upside down... bahasa pasarnya tunggang terbalik dah.. :P

anyway later i will tell you guys what happend for the past few days ^_^
need to cook for dinner now :)

Sunday, 27 May 2012

Sleepwalker

Good morning :D

Mana sleep walker.. taklah ^__- Awal bebenor saya bangun..:P so sempat la jugak bw tadi tersinggah pulak kat sini macam tak caya je kakak comel  NIE , saya dah received repond dari pemenang, nanti saya send thru email yea,sekarang tak boleh nak buat urusan sebab pukul 5 pagi dah :P.


Saturday, 26 May 2012

Result exam dah kuar nie

Akhirnya result  exam lucky draw dah keluar yay!
thank to my husband yang tolong cabutkan. ini lucky draw yek.. so nama yang kena tu kira lucky la kan.. Congrats!!!!





kepada pemilik blog nanti emailkan dekat saya details nie:

jenis acc : prepaid / postpaid 
jenis operator: digi/celcom/maxis/umobile/tm etc

tu je
email kat sini blogpondokputih@gmail.com





5 hours driving

Alhamdulilah selamat sampai juga ke destinasi setelah hampir 5 jam perjalanan menempuh jalan sesak, hujan panas. Walaupun banyak yang dah fully book akhirnya dapat juga kunci :D.

tadi baru lepas makan,dan sekarang masa nak berehat . Nanti saya akan umum kan keputusan lucky draw.


^_^v

Friday, 25 May 2012

Bicycle

Dah dua hari  tiga hari masuk hari ni cari basikal untuk my girl. Hari tu ada test basikal dekat Carrefour wangsa Maju. Dia suka dekat basikal sekarang nie, dulu tak minat langsung kalau suruh test pun dia kata ' no'. Alhamdulilah bila masuk tahun baru dia minat secara automatik, mommy pun tak suka paksa-paksa. Memang dah niat nak belikan dia basikal tahun nie sempena birthday kan so menjadi la tahun nie :D

Last year dia dapat electric car so tahun nie kena mengayuh pulak he he. semalam dalam pukul 9 malam pergi dekat KLCC sempat jugak beli Auntie Annes pretzel sebelum naik level 2 ke Toy r us.

price:RM189.90
Barbie 10" barbie bike

Barbie bike nie comel tapi paddle dekat depan, my girl kaki dia belum sampai sangat, yang dia boleh naik pun yang paddle dekat tengah. Ada tinggi sangat ,kalau ada yang sesuai pun tak de stock tinggal display stock je.
So hari nie ingat nak sambung misi mencari tadi tengok balik dekat sini TOY R US MALAYSIA tak banyak sangat design untuk girls,semua yang saya dah tengok semalam. Nampaknya mommy kena pergi tengok kedai uncle tempat mommy kecik-kecik dulu beli basikal ^_^.

AMERICAN IDOL 11 WINNER

Pagi semalam sempat jugaklah tengok American Idol 11 finaleLive dekat Tv. Congrats !
*photo*



*video*

memang suka dia menang dari Jessica :)