Friday, 1 June 2012

TRAVELOG : DESARU JOHOR

Sambungan Episode Perjalanan kami bermula pada pukul 10 pagi dari rumah ke family house untuk hantar Cik B dan terus ke ofis husband. Selesai urusan, terus menuju ke Tol Sungai Besi. Bermulalah perjalanan kami menuju ke Negeri Johor.

Jalan di Plus highway mula sesak ke arah seremban, perjalanan di teruskan dan alhamdulilah jalan kelihatan lancar selepas itu. Sepanjang perjalanan kami berhenti 3 kali di perhentian R&R Plus untuk rehat kan diri dan kereta.

Kami tiba di Desaru lebih kurang pukul 4.00 petang, kami datang tanpa sebarang tempahan hotel. Kami selalu travel dengan cara begini. Walk in untuk mencari hotel, tapi kena make sure ada list hotel yang berdekatan. Sebab hotel biasanya akan full masa cuti sekolah. Tapi desaru masa nie kurang menarik sebab mereka buat renovation untuk beberapa buah hotel tepi laut. Lepas 3 buah hotel fully book, kami teruskan mencari dan akhirnya pukul 4.30 petang tiba di Pelangi Balau beach Resort. Petang tu hujan mula turun, renyai. Husband yang masuk untuk check in. Husband kata kita bernasib baik sebab ada tinggal satu bilik satandard, tapi lagi lucky bila ada deluxe room kosong sebab ada orang check out masa tu.

 view dari balcony bilik

view dari main entrance bilik

Petang tu kami ke Bandar Penawar dan berhenti Dinner dekat Restoran Najwa Taman Desaru Utama. Satay dekat sini sedap. Mula-mula order 10 cucuk satay ayam lepas tu bungkus lagi 30 cucuk, sampai abang yang jual satay pun tanya.

Keesokan pagi, bangun awal untuk breakfast dekat resort sebab dah termasuk dalam pakej bilik.

view dari tempat makan

Lepas makan, husband bawa my girl swimming tapi tak pergi pun melawat laut kat sebelah. Kami Check Out awal sejam, sebab nak mulakan perjalanan awal sempat juga Lunch dekat Medan Selera berhadapan dengan resort. Kemudian terus ke DESARU FRUIT FARM.


Kami tak jadi turun, why? bila tengok tiket masuk RM20 per adult dan RM15 for Children dengan fruit cuts. My girl kena kira jugak sebab 2 tahun ke atas, dan total will be RM 55. So bila tengok my girl dah tidur, saya beritahu husband takpelah kita beli buah dekat tepi jalan rasanya boleh dapat macam-macam..he he. Anyway kalau kawan-kawan nak singgah kat sini, silakan menarik jugak tempat nie,macam-macam jenis buah boleh tengok, tambah lagi boleh kenal rupa pokok yang selalunya kita tau makan buah je.

perjalanan di teruskan





akhirnya sampai di Desaru Ostrich Farm

sampai sini mestilah tengok Ostrich, he he tapi ada juga ayam, burung kasawari dan baboon .


yang nie nak test kekerasan telur ostrich .. memang keras sebab kalau nak pecahkan kena pakai drill ..




cengkerang boleh recycle buat craft item seperti lamp shade


kulit ostrich yang bernilai ribuan ringgit bila dah jadi bag dan barangan kulit


 jadi ubatan
 tulang dada ostrich
 tulang dada yang menempatkan jantung dan hati burung unta 

saya beli sayur nie RM2 kat situ untuk feeding, mula-mula tu risau, takut kena cubit nanti..he he tapi best pulak tengok mereka makan.


sempat juga test rasa kaya dari telur osctrich dan beli cenderahati dekat situ.


Jam pun dah menunjukkan pukul 3 petang, tidak dapat nak pusing dekat Desaru lagi teruskan perjalanan ke JOHOR BAHARU.


0 comments:

Post a Comment