Eh menarik pulak entry dari Notahati.com nie, cuba korang baca :)
Benarkah wanita yang berpendidikan tinggi dan bergaji besar sombong dan besar kepala, terutama apabila bersuamikan lelaki yang lebih rendah pendidikan dan gajinya pula lebih kecil? Perkahwinan umpama bahtera yang belayar di lautan. Ada masanya tenang dan ada tikanya bergelora.
Namun, dalam kes melibatkan perkahwinan lelaki berpendidikan lebih rendah dan berpendapatan kurang berbanding isteri, gelora yang melanda terlalu cepat menjadi taufan. Kesannya, percintaan bertahan lima tahun sebaliknya perkahwinan mampu bertahan lima bulan, nauzubillah min zalik.
Realitinya, perkahwinan beza taraf seperti ini tetap boleh mencapai bahagia. InsyaAllah notahati akan bincangkan beberapa tip yang boleh diamalkan bagi menyelamatkan perkahwinan anda daripada terus bergelora.
Beri sokongan dan jangan ragu
Perkara pertama ialah anda sedar dan tahu kedudukan dan peranan anda sebagai isteri ataupun suami. Kepada isteri, walaupun anda lebih bijak dan berpendidikan, bukan bererti anda boleh membodohkan suami anda sesuka hati. Andai takdirkan anda adalah ketua kepada suami anda di tempat kerja, di rumah pula suamilah ketua rumah tangga. Anda boleh memberi arahan dan marahkan suami jika ada urusan pejabat yang tidak diurus sewajarnya, tetapi ingat!! Urusan pejabat hanyalah urusan di pejabat. Di rumah anda berperanan sebagai isteri atau ibu. Segala yang berlaku di pejabat jangan dibawa balik ke rumah.
Kepada suami, jangan ada rasa rendah diri. Biar siapa pun anda, anda adalah suami dan ketua rumah tangga. Mungkin anda lebih rendah tahap pendidikan dan berpendapatan lebih rendah berbanding isteri tetapi itu bukan anda boleh menjadi hamba isteri. Tidak boleh menjadi hamba isteri bukan bermaksud anda boleh menghambakan isteri anda pula. Walaupun anda ketua keluarga, anda tidak berhak mengarah itu ini kepada isteri.
Anda juga tidak berhak meminta wang sesuka hati daripada isteri. Mungkin pendapatan anda sedikit namun ia tidak menafikan tanggungjawb anda sebagai suami dan bapa. Anda tetap WAJIB mengeluarkan perbelanjaan untuk menanggung segala keperluan isteri dan anak-anak. Jika isteri menghulur bantuan, ianya adalah bonus kepada anda tetapi jika isteri menganggap hulurannya itu sebagai hutang maka anda perlu melangsaikan segala hutang tersebut walaupun tidak dituntut.
Jangan mengungkit latar belakang masing-masing
Isteri jangan sesekali menjadikan latar belakang suami sebagai senjata untuk menjatuhkan air muka dan harga diri suami. Jika kelemahan suami itu anda persoalkan, kenapa dahulu beria sangat menjadi pasangannya. Suami juga tidak boleh menjadikan latar belakang sendiri untuk menutup mulut isteri atau menjadikan latar belakang isteri sebagai senjata untuk meminta simpati. Setelah hubungan suami isteri sah di akadkan, tidak kira apa juga latar belakang anda, anda perlu satukan ia menjadi satu sikap toleransi. Hanya dengan toleransi, bahtera perkahwinan anda akan dapat terus belayar menuju destinasi, insya-Allah.
Terimalah pasangan anda seadanya
Jangan bandingkan pasangan anda dengan orang lain. Sudah anda tahu suami anda berpendapatan lebih rendah, jangnlah mengharapkan dia menyalut badan anda dengan emas atau menghiaskan rumah anda dengan perabot mewah. Jangan pertikai ketidakpayahan suami anda memberikan kehidupan yang sempurna tanpa bantuan anda.
Ada juga suami yang bimbang, isteri yang berpendidikan dan bergaji besar akan menjadi ‘queen control’. Jadi, mereka gagal melihat kelebihan pada isteri yang berpendidikan tinggi, bergaji tinggi. Cuba tanya pada diri sendiri sudah tahu latar belakang dirinya, kenapa masih menerimanya jika kini latar belakang itu anda jadikan senjata menikam dirinya pula? Kepada suami pula, sudah anda tahu kerjaya isteri anda jadikan komitmen dan masa yang lebih, berilah sokongan kepadanya dan jangan ragu kesetiaanya pula.
Jalani Kehidupan yang lebih baik
Sebenarnya, banyak manfaat mendapat isteri yang berpendidikan. Wanita yang berpendidikan juga biasanya berupaya mendapat pekerjaan dengan gaji yang baik. Ini secara langsung atau tidak, dapat membantu suami meneguhkan ekonomi rumah tangga. Lebih berpendidikan lebih baik, tetapi tidak semestinya yang lulusan universiti sahaja. Wanita yang berpendidikan ini kebanyakannya berpandangan jauh. Mereka sedar erti pendidikan untuk anak-anak mereka. Mereka akan berusaha untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik.
Jika anak mereka lemah, mereka akan berusaha mencarikan bantuan seperti tuisyen atau kelas tambahan untuk anak-anak mereka. Bahkan, tidak kurang wanita yang sanggup meluangkan masa untuk mengajar sendiri anak-anak mereka. Wanita seperti ini biasanya berupaya menyemai nilai-nilai cinta ilmu di jiwa anak-anak mereka.
Seorang wanita berilmu, di tambah lagi dengan akhlak mulia dan kuat pegangan agamanya, menjadi satu rahmat besar bagi kaum lelaki. Mereka berupaya mententeramkan hati suami dan sama-sama memikul tanggungjawab membina keluarga. Namun, dalam kita menggalakkan kaum lelaki mengubah sikap mereka, kaum wanita yang berpendidikan tinggi dan bergaji besar juga harus memainkan peranan mereka. Golongan ini juga harus membetulkan sikap mereka dan berusaha mengubah tanggapan serong terhadap mereka.
Sebagai wanita Islam, walau setinggi mana pun pendidikan dan gaji mereka, mereka harus terima hakikat bahawa suami adalah pemimpin keluarga yang harus dihormati. Percayai diri anda, percayai pasangan anda, berdoalah kepada-Nya, insya-Allah perkahwinan anda akan bahagia. Semoga kaum suami akan dapat lebih menghargai keindahan beristerikan wanita yang berpendidikan dan bergaji besar.
Read more: http://www.notahati.com/tip-bersuamikan-lelaki-lebih-rendah-tahap-pendidikan/#ixzz1vCRMApaB
2 comments:
get the point. kalau kahwin, jgn berkira sgt lah kan. hehe^^
he he.. berkira sangat nanti susah pulakkan... equal to each other make peace and harmony :D
Post a Comment