Thursday, 10 May 2012
Melatih Diri Disiplin
Beberapa cara yang boleh digunakan untuk melatih disiplin diri cara Islami adalah seperti berikut:
* Fokus mendengar azan dan jawab dengan sedar. Fahami maksud azan dan jawapan yang diberikan itu. Sebaiknya kita diam. Tidak lama untuk menghormati azan. Hanya beberapa minit sahaja. Indahnya azan, terkandung satu khasiat di sini iaitu melatih kita untuk berehat menenangkan jiwa buat sebentar.
* Solat pada awal waktu. Bagi lelaki, digalakkan solat berjemaah sama ada di masjid ataupun di tempat kerja.
* Bangun di 1/3 terakhir malam untuk solat tahajud.
* Bangun awal pagi dan bersedia untuk solat subuh (sebaiknya berjemaah di majid/surau atau bersama keluarga). Bangun awal pagi juga adalah satu sunnah yang terpuji.
* Tidur awal. Tidur awal adalah sunnah Rasulullah SAW. Malah tidak disarankan berada di luar rumah seperti lepak dan berborak kosong sampai larut malam. Allah telah mengingatkan bahawa dijadikan malam itu untuk beristirahat dan siang pula untuk bekerja/mencari rezeki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment